Monday, March 28, 2011

Tarian Poco-Poco Haram - Mufti Perak Said..

hello readers..
Mesti korang semua familiar dengan tarian poco-poco kan... dari budak kecik bawak ke makcik-makcik semua tau ber'poco-poco.. well, ada yang menjadikan tarian poco-poco ini satu aktiviti harian which is sort of exercise la.. ada yang dah expert pun.. i used to see one grandma yang pergh.. memang sangat bersemangat berpoco-poco ni.. bila lagu dimainkan.. terus macam ada suntikan yang membuatkan sesiapa je yang dengar melenggokkan badan mengikuti alunan muzik tersebut..

well.. did u know that tarian ni sebernarnya haram..??? before this, one email dah tersebar luas tentang poco-poco ni yang lebih menjurus ke arah hukum-hakam Islam.. well, let me share the email..

"Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?
Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini."

Akan tetapi.. while i was surfing tadi.. I saw this official letter yang mengatakan poco-poco itu haram...




jadi tepuk dada tanyalah selera.. kalau xda angin masakan pokok akan bergoyang kan.. macam tuh lah dengan isu poco-poco ni.. yang mengeluarkan fatwa bukanlah orang sebarangan.. dan bukan suka-suka nak keluarkan fatwa sedemikian.. pasti telah banyak research yang telah dibuat..

jadi kenapa kita kena teruskan kalau benda itu sebenarnya bertentangan dengan agama kita.. kalau ada yang menjadikan isu poco-poco ini satu hal remeh memandangkan itu 1 aktiviti senaman.. itu hak anda.. masing-masing ada hak.. tapi sebagai seorang Muslim, kita dah dikurniakan akal untuk berfikir baik-buruk sesuatu perkara itu.. jadi, its your choice..! sila kaji semula step poco-poco afteru read this!

thanx to Rina & zonbebas for this very useful info!

No comments:

Post a Comment