[RESEPI] Puding Raja

1:20 PM

As I promised.. Ni lah rupa puding raja which is Dessert rasmi Kerabat Di Raja Pahang.. which can easily find around Pekan.. Have a try..!







Bahan-bahan
  • 4 sikat pisang lemak manis – dibuang kulit
  • 1 cawan biji gajus – digoreng
  • 2-3 genggam urat emas/jala emas
  • 200g buah prun – dipotong empat
  • Buah ceri merah/hijau
  • 2 sudu besar minyak sapi*
  • Minyak untuk menggoreng
Untuk Kuah Puding
  • 1 tin (410 g) susu cair/sejat
  • 3 biji telur – diambil kuning sahaja
  • Daun pandan – disimpul
  • Air sebanyak ½ tin susu
  • 1-2 cawan gula (ikut rasa)
  • Esen vanila
*untuk mengelakkan pisang dari melekat
Cara memasak
  • Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh.
  • Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan.
  • Goreng biji gajus.

Kuah Puding
  • Pukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur.
  • Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.
Cara Menghidang
  • Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan urat emas.
  • Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.

credit to : Majlis Daerah Pekan @ http://www.mdpekan.gov.my

You Might Also Like

6 jari dompok

  1. mana senang nk dpt jala emas tu ek?

    ReplyDelete
  2. salam. bole bagi resipi cmne nak buat jala emas tu tak? terima kasih.

    ReplyDelete
  3. hi tuan/cik anonymous.. saya xtahu other places yang boleh senang dapat meda nih... mostly benda ni based pada tempahan.. kalau senang jumpa pun during bulan puasa... or sekitar pekan.. atau majlis2 rasmi yang lain...

    ReplyDelete
  4. suka sangat Puding Raja nih walau pun kita orang Johor

    ReplyDelete
  5. Salam Shida, macamana nak buat jalamas tu eh...kalau nak dapatkan ada yg ready made dah ke...kat mana? Biasa buat dah puding ni tanpa jalamas laaa..x tau nak buat...huhuuuu

    ReplyDelete
  6. wassalam sis ummi... hehehe.. xpe, saya ada kawan yang memang jual puding raja ni... selalunya dia jual during Ramadhan la.. tapi, hari2 biasa tak pasti pulak.. sis duduk mana?
    btw.. ni resepi nak buat jalamas..

    Bahan-bahan :
    15 biji telur ayam / itik – ambil kuning sahaja (Tapis dgn kain)400g gula halus (kurangkan gula jika tak suka terlalu manis – 250g @ 300g)2-3 helai daun pandan4 cawan airDaun pisang untuk dibuat corong

    Cara-cara :
    Tapis kuning telur dan pukul sedikitMasak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih.
    Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air mendidih dan berbuih halus(dengan api kecil), uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.Angkat dan ’tos’kan.Kiraikan urat emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.Hidangkanp/s : Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas.

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Instagram

Flickr Images