Sunday, June 13, 2010

Dadah: Saiful Apek Ditahan Polis

by: AU YEONG HOW, MSTAR







PETALING JAYA: Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek ditahan bersama lima rakannya ekoran dakwaan memiliki 40 gram dadah dipercayai ganja.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, mereka ditahan di rumah Saiful di Jalan PJS7 Subang Jaya di sini kira-kira pukul 10 malam semalam.
Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Kesemua suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini," katanya kepadamStar Online sewaktu dihubungi di sini hari ini.
Apek terkenal dengan filem-filem lakonannya seperti Senario Lagi (2000), Senario The Movie (1999), Nana Tanjung 2 (2007) dan Cicak Man (2006)
huhuhu xsangka finally he's being arrested... dulu dia claim yang dia xamik menda2 tuh.. and dia claim juga masa tuh dia dijangkiti penyakit ganjil.. ala2 buatan orang gitu.. but now, what's he gonna say? after yassin then apek pulak... both pernah jadi anggota senario.. ape nak jadi yer.. agaknya senang kot kalau ada ganja... alang2 menjual yang mana pulangannya masyuk... untuk kegunaan sendiri pun ok juga... 


1 comment: