AL-FATIHAH

10:23 PM


VOKALIS KUMPULAN SPIN (ACHIK SPIN) KEMBALI KERAHMATULLAH...

MPV terbabas, terbakar: Achik Spin maut nahas ngeri

SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Credit to Utusan

...............................................................
sangat mengejutkan dengan berita ini. Sebutir lagi permata hilang di dunia ini.. Namun ini semua ketentuan dariNYA... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga keluarga arwah tabah menghadapi hari-hari yang mendatang.. AL-FATIHAH..

You Might Also Like

0 jari dompok

Popular Posts

Like us on Facebook

Instagram

Flickr Images