AL-FATIHAH

10:43 AM




Seperti yang kita maklum.. sejak beberapa hari lepas, personaliti serba boleh kita Din Beramboi ataupun nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri telah  menghidap penyakit denggi berdarah walaupun pada asalnya beliau disyaki terkena virus air kencing tikus.. Akibat daripada demam denggi berdarah, keadaan beliau disahkan kritikal dan dimasukkan ke wad ICU hospital selayang..

Sejak petang semalam, heboh diperkatakan dilaman sesawang facebook dan juga twitter bahawa Din Beramboi telah meninggal dunia.. dan ini telah menimbulkan rasa tidak senang hati serta rasa kekesalan pihak keluarga beliau yang pada ketika itu Din Beramboi masih lagi bernafas dan sedaya upaya berperang dengan keadaan beliau..

Namun, jodoh,ajal dan maut semuanya ketentuan ALLAH.. kita hanya merancang DIA yang menentukan... Dari DIA kita datang dan kepadanya juga kita pergi.. Hidup ini adalah pinjaman semata.. tiada yang kekal melainkan ALLAH yang Maha Esa. 

Din Beramboi, 43, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi.Beliau meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak...

Sesungguhnya kita kehilangan seorang personaliti hiburan yang berbakat.. Namun Allah lebih menyayangi beliau.. AL-FATIHAH... Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... Buat keluarga arwah, takziah... semoga lebih tabah menghadapi hari2 esok...

You Might Also Like

0 jari dompok

Popular Posts

Like us on Facebook

Instagram

Flickr Images