Football

Malaysia..Tanah Tumpahnya Darahku..

1:23 AM


Ohoi.. I bet most of us tengok bola tadikan... Malaysia Vs Singapura..

Dalam sejarah 85k tiket habis dijual.. Sold Out yang!! Bila tengok live on tV tadi..rasa bangga sangat bila stadium Bukit Jalil dipenuhi dengan orang Malaysia.. Bendera Malaysia dikibarkan.. Jersi kebangsaan disarungkan dengan penuh rasa bangga... tacing..!! Lagi tacing bila stadium bergema dengan megahnya dengan nyanyian lagu Negaraku!! oii.. dirumahku juga berdiri tegak sambil nyanyi lagu Negaraku ok!!



Diorang dah main dengan bersungguh-sungguh... they give all that they had.. memang all out.. We have to be proud dengan skuad kebangsaan kita yang boleh kita kaatakan performance diorang adalah ditahap yang sangat membanggakan compared to previous years back.. We are moving forward... We have to keep on supporting them... bukan dengan mengondem..mengomen dorang for a certain situation...


Berbanggalah  sikit as our players are totally 100% Malaysian.. xda imported punya... maknanya orang malaysia ni bukan calang2 orang.. bukannya boleh dipandang sebelah mata je tau..

I dont want to comment sangat tentang match tadi.. sebab our players dah bagi the best.. mungkin rezki tak memihak pada kita.. but we had a fair game.. no drama.. no diving.. no imported... pendek kata.. saya berbangga dengan pasukan bola sepak kita.. We are not loser.. people who said so actually the loser... sebab diorang tak boleh rasa senang dngan kita.. 6-4 bukan jarak yang jauh...

and Malaysians.. please change our mentality.. jangan nak mengondem bila keadaan yang tak disangka terjadi dan memuji bila kemenangan itu menjadi hak kita.. whatever happens, we have to keep supporting them.. they need our support.. kalau asyik mengomen xtentu hala.. sampai bila kita nak maju.. nobody perfect.. try to look imperfection perception.. then you can call it LIFE...


oklah malaysians.. we are still te best.. Harimau malaya teruskan mengaum.. teruskan menapak...ignore the narrow minded ppl..

one thing for sure I'm PROUD TO BE A MALAYSIAN.. I'M PROUD TO HAVE HARIMAU MALAYA AS A NATIONAL SKUAD.. keep up the good work... YOU'RE OUR WARRIOR..LOVE YOU! Apex the goal keeper ko memang superb malam tadi... Encik No.10.. ko memang the best!! eventho we lost.. WE LOST WITH PRIDE! xpe sebab diorang menang BERDRAMA bukan sebab KESUNGGUHAN dorang bermain.. kemon Malaysia...keep on stepping forward!

Article

Endometriosis, are you aware of this?

12:42 AM

Salam My Dear Readers and good Afternoon..

hoho..just got the chance to continue the writing.. xsempat nak post tengah hari tadi.. got lot of stuffs plak after lunch hour td.. baru nak beronggeng.. sebab bos tak masuk..

xpelah.. by now just nak share about Endometriosis atau bahasa lainnya adalah senggugut.. ini masalah biasa kaum wanita...tapi Endometriosis ni bukanlah senggugut yang biasa.. Ia lebih kepada 1 pnyakit.. few of my friends ada penyakit ni.. senggugut diorang memang teruk sangat... srampai dorang boleh demam.. sangat2 weak jadinya.. kadang2 kesian sangat tengok diorang..for the 1st time, mungkin dorang rasa it was normal... tapi, bila almost terjadi.. itu yang kadang2 they have to depend on pain killer tau..

well.. as a women we should very well know about this.. either kita ada atau tak, we should have some knowledge about this.. so please kindly read the article below... it was a good reading regarding this Endometriosis..

Susunan NORHURIYATINA SALLEH

Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang semakin ramai wanita yang menghidapnya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga tidak boleh dipandang mudah kerana senggugut yang kerap mungkin menandakan kehadiran endometriosis. Ia juga boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan, dan lain-lain. 

APAKAH SEBENARNYA PENYAKIT ENDOMETRIOSIS? 

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar ´endometrium´ telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ´darah kotor´ atau darah haid. 

APAKAH TANDA-TANDA ATAU GANGGUAN? 

Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas berkahwin. Ada sesetengahnya lega sekejap selepas berkahwin dan melahirkan anak, tetapi senggugut ini akan timbul semula akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang. 

Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding atau otot rahim. 

Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan penghidap-penghidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.

BAGAIMANA SELAPUT ENDOMETRIUM INI BOLEH TUMBUH DI LUAR RAHIM? 

Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain. Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding atau otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. 

Bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa, iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). 

Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya. 10 hingga 20 peratus wanita di seluruh dunia menghadapi masalah endometriosis dan antara 30 hingga 40 peratus daripadanya adalah mandul. 

Ada juga yang mengatakan bahawa sistem ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang semula tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat-tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah. Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama-kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat. . 

PENGESAHAN PENYAKIT ENDOMETRIOSIS

Daripada tanda-tanda tersebut kita sering mengesyaki pengidap penyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan yang mempunyai tanda-tanda ialah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.

RAWATAN PENYAKIT ENDOMETRIOSIS 

Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini. 

PEMBEDAHAN UNTUK MEMBUANG ENDOMETRIOSIS

Jika terdapat ´chocolate cyst´ ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan ´cyst´ serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis. 

Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus). Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali. 

Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan. Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama, iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini. 

Dalam beberapa tahun yang lepas ubat-ubat terbaru yang diberikan secara suntikan sebulan sekali dan terdapat pelbagai jenama seperti Zoladex dan lain-lain untuk digunakan selama enam hingga sembilan. Suntikan-suntikan tersebut agak mahal sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid manakala kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar. Peningkatan timbang berat juga merupakan satu kesan sampingan. 

Pembedahan untuk membuang rahim dan ovari juga satu rawatan yang akhir bagi mereka mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan semua organ seperti rahim dan kilang telur telah rosak. Ia mungkin tidak berfungsi lagi dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil. Di samping itu ia menyebabkan masalah kesakitan yang amat sangat setiap bulan ataupun secara berterusan dan mengganggu kerja harian. Ia mungkin juga menimbulkan gangguan haid yang tidak terkawal yang mengganggu kehidupan seharian, hubungan suami isteri dan juga mengganggu wanita-wanita kita untuk membuat amal ibadah.

BOLEHKAH PENYAKIT BERULANG? 

Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun selepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan berulang adalah besar. Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis daripada berulang. Tetapi amalan mengawal makanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing. Banyakkan sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya. Latih diri untuk tenang fikiran dan gangguan emosi. Gunakan berbagai kaedah untuk menangkis stress.

Penyakit endometriosis ini ialah satu penyakit yang aneh di mana banyak perkara yang tidak ketahui tetapi ia menimbulkan berbagai-bagai masalah pada wanita. Kita tidak tahu mengapa darah kotor berkumpul di belakang rahim dan di kilang telur. Ada sesetengah pakar perubatan Islam yang beranggapan bahawa darah ini adalah makanan jin dan mungkinkah ada kaitan ´orang halus´ ini mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu agar ia tidak boleh mempunyai zuriat. Oleh itu kaedah-kaedah rawatan alternatif juga perlu dilakukan serentak dengan cara moden, kaedah perubatan Islam, kaedah ubatan tradisional selagi cara tradisional itu tidak menyebabkan syirik ia boleh diamalkan. Mungkin terdapat ubat-ubat herba yang belum dikenalpasti lagi yang mungkin masih ada di hutan kita yang berpotensi untuk merawat penyakit endometrosis dan memulihkan keadaan subur seperti biasa.

Di antara pemeriksaan yang penting bagi wanita ialah "pap smear" bagi mengesan penyakit kanser pangkal rahim, pemeriksaan payudara dan mammography untuk mengesan kanser buah dada, pemeriksaan ultra-sound scanning untuk mengesan kanser pada kilang ovari. Sebaiknya, wanita yang pernah bersalin dan dalam pertengahan umur, patut menjalani ujian-ujian tersebut sekurang-kurangnya setahun sekali.

Penyakit-penyakit wanita yang juga penting pada masakini, ialah jangkitan kuman, tumbuhan "endometriosis" dan "fibroid". Wanita yang mengalami gangguan haid, seperti senggugut, haid yang berpanjangan dan berlebihan, atau haid yang tidak tentu masa patutlah berwaspada. Lain-lain tanda seperti keputihan yang mungkin menandakan jangkitan atau luka pada pintu rahim; kesukaran untuk hamil dan berlakunya gugur yang berulang, ini juga mungkin ada kaitan juga dengan penyakit seperti "endometriosis".

Penyakit-penyakit ini hanya boleh dikesan oleh doktor dan pakar sakit puan. Wanita-wanita sepatutnya mengambil langkah utama untuk mendapatkan rawatan daripada doktor yang terdekat sekali di rumah untuk pemeriksaan awal dan jika perlu doktor ini akan merujuk kepada doktor pakar yang sewajar untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.


source : yadim

--------------------------------------------------------------------------------------
well, friends.. we always have to aware of this.. kita sbg perempuan sangat sensitif dengan penyakit2 ni.. nak2 yang melibatkan rahim.. as kadang2 dia boleh membantutkan proses penghamilan...

hopefully my friends can recover very soon... and dia akan cepat2 pregnant dengan baik..anggaplah ini semua dugaan dari Allah.. DIA takkan jadikan sesuatu tanpa sebab musabab..insya-allah selagi kita memanjatkan doa dan berada dalam naunganaNYA, akan ada rezki itu untuk kita..

p/s:dun't u think i'm not aware of you just because there's SILENT communication between us.. i'm always following my friends update... just wonder if they do the same to me.. whateverla.. hehe.. for me whatever they had done to me, they are still my friends!

Regards..
shida

Food

Sambal Hitam.. so yummy!

1:07 AM


Salam Readers...

tiba-tibe kecur air liur nih saat teringatkan sambal hitam belimbing nih... Ya Allah, tertelan-telan air liuq nih... tibe-tibe juga macam mengidam je nak makan sambal hitam nih... mostly sambal ni senang dapat kat lipis sana... memang semua orang boleh buat... tapi x semuanya taste finger licking good... nak buat dia agak leceh sikit as you kena rebus belimbing buluh yang kecik2 tuh sampai lebam...

tapi, kalau ada sambal ni.. cukuplah sepinggan nasi putih yang masih hangat.. memang laju je habis bila pasangan dia sambal hitam nih.. sambil tu boleh juga nak cicah dengan cekodok ke.. lazatnya hanya tuhan yang tahu.. korang yang belum rasa tuh tolonglah pegi rasa.. pastu mesti korang pun nak makan sambal ni hari-hari... xda lauk lain pun xpe... janji ada sambal ni tau..

memang ada jual tapi specific place tuh yang kurang pasti.. dalam sebekas kecik taufu faa tuh rm5 je.. berbaloi.. xrugi punye beli...

eii.. sungguh rasa macam nak makan sambal ni.. nak kena cari mana nak senang dapat kat nearby area.. kalau dapat seruuuu...


so, those yang xrasa..please pegi rasa... xrugi punya.... hehehe....
selamat mencari dan selamat mencuba this finger licking good sambal... hehehe

general

Ohoi...music my life!

12:43 AM

Salam and good evening buddies..



dun get me wrong.. bukan sakit apa just music make me feel so touching.. erm.. ada ke that kinda of word ye dlam oxfordnye dictionary.. whatever...

well.. disebabkan our life so close dengan music as we r listening to the melody of the music everywhere at everytime.. dari ringtone handphones.. mp3s, radio, tv,  and so on.. kadang2 kalau kita are not so up to that kinda of music kalau dah hari hari dengan kita pun jadi suka... betul x? you switch radio to another channel of radio kalau dah diputarkan lagu sama hari2 kita pun akan di influence untuk jatuh cinta dengan lagu tu..

music got various of scope.. different ppl has their own interest in music.. some ppl love jazz, rnb or even hip hop.. some ppl got inspiration from music to express their feeling or to gain the moral spirit.. and music can influence our lifestyle..mcm2 dengan music.. music itu global.. but we have to be careful with some of the lyrics esp from other language... kadang2 bahasa yang digunakan tidak sesuai dengan corak budaya kita.. the lyrics were so hardcore..ganas...

disebabkan music ini terlalu universal.. kita xboleh blame sesiapa as semua pihak memainkan peranan yang penting.. music harus ditapis sebab Malaysia penuh dengan sensitiviti... dari segi bahasa... clip video.. sebab kadang2 ppl have less knowledge to reflect to this kinda actvity.. itu yang pernah wujudnya black metal yang terlalu di'harcore' kan oleh certain ppl sehingga ia jadi satu kesalahan besar.. memuja benda lain selain DIA Yang Maha Esa.. gosh.. we have to double aware of this.. lagipun skrg to get all these music sangat mudah... google je terus ada pilihan.. xpun just search via youtube.. dengan vc sekali kuar.. very hot and sexy vc pun ada..

ok music also boleh express ones feeling at certain time.. when you're feeling bad..ada problem dalam percintaan usually we choose ballad song to entertain us.. kadang2 plus denga lirik yang so touching akan influence kita untuk jadi toucing sekali.. bila kita rasa semangat kita akan pilih lagu yang lebih catchy macam lagu eyes of tiger ke... lagu gemuruh... bila masuk bulan kemerdekaan kita akan lebih kepada patriotik song... bila perayaan of course lagu2 raya.. yang dah tua nak rasa muda boleh dengar genre oldies...semua perkara can come with the music... cuma kita yang tahu what kinda of music we up to..


Music light up our life.. bohong kalau orang kata dia tak kisah dengan music.. bunyi ayam berkokok..burung-burung berkicauan... bunyi dalam kesesakan jalan raya itu semua part of music.. its music of LIFE.. even orang yang pekak pun can enjoy the music but in different way..

i'm listening to various genre of music.. oldies, hip-hop, jazz, rnb, ballad, pop rock.. keroncong, dangdut.. but me prefer to the rhtym of the music 1st.. kalau ia sangat2 easy listening so i can get tru with it.. then, baru tengok what kind of the story of the music..kalau sesuai dengan jiwa... ke'malaysia'an nya.. then lets go on.. the best music is when it can touch you.. bukan capai dengan tangan.. tapi capai dengan telinga terus masuk ke hati and you can get along with the music so easily.. and i can't imagine life without music.. even xda music you still can get the music dengan cara yang lain.. contoh you nyanyi sendri tanpa backup music original or you just used your mouth to express the music..

so, pilihan saya for the mean time..

1.  stacy - kisah dongeng
2. alyah - kisah hati
3. akim - janji
4. kru - tiga kaa
5. VIP - lagu sedih
6. Adele - rolling in the deep
7. beribu sesalan - jac, ning & shila
8. Kim Hyun Joong - Breakdown
9. B2ST - Fiction
10. Hazama - Cinta Teragung
11. Black - Dewi Aleeya
12. Usher - more

hoho.. lebih pada lagu yang tacing gitu... haha... dah hari2 dengar itu yang ter'influence' tuh.. sambil2 tu konon2 lagu itu ditujukan untuk diri sendirila.. adoyai mem'feeling'kan diri la pulak ye.. what so ever.. ( shida is now flying with her music)
so, find your own music.. get tru life with your music.. and express it!


1 malaysia

Malaysia Negaraku.. Islam Agamaku..

4:16 PM

hello kawan-kawan..

wah... adakah korang men'join'kan diri dalam perhimpunan BERSIH tuh? please dun.. jangan merosakkan diri korang... jangan merosakkan bangsa dan negara korang.. korang cuma men'KOTOR' semuanya.. jangan ikut telunjuk orang.. yang jadi leader pada segala benda ni bukan seorang ISLAM..bukan berbangsa MELAYU pun.. kenapa korang perlu ikut.. ok.. korang baca ape tuntusan si HINDU kepada kerajaan MALAYSIA..

TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC


1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam... tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.Maruah Melayu Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga!

Ya Allah..those yang menyokong bERSIH.. korang tahu tak sebab musabab kenapa benda tu diadakan.. korang muhasabah diri tak...mmg rakyat MALAYSIA ada hak.. tapi si HINDU tu menuntut sesuatu yng sangat kurang hajar. bila ia melibatkan agama ISLAM.. telah termaktub dalam kitab KERAJAAN MALAYSIA bahwa agama ISLAM adalah agama rasmi.. tapi ia tidak menghalang agama-agama yang lain.. tapi HINDU tu seolah-olah perajudis dengan agama ISLAM..

Ketua Kerajaan Malaysia adalah seorang melayu dan beragama ISLAM.. jadi secara tak langsung HINDU tu tak menghormati Yang Dipertuan Agong..sedangkan Hindu tuh seorang rakyat MALAYSIA.. patut dia ni di SULA setakat tarik kerakyatan tuh x thrill sangat..

lagi satu dia kena ingat siapa pejuang yang menuntut kemerdekaan dulu.. Tunku Abdul Rahman.. siapa dia? 1.SEORANG MELAYU 2. SEORANG BERAGAMA ISLAM.. jadi yang hadir ke perhimpuan BERSIH tuh korang sedang menyokong bahawa agama ISLAM ni sedang diperlekehkan..

Nauzubillah.. apakah ini tandanya hari pengakhiran itu akan tiba... Ayuh wahai saudara ISLAMku.. kita perjuangkan agama kita.. sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama kita.. Ya ALLAH...  peliharalah seluruh rkyt Malaysia drpd mereka yang berhati binatang, syaitan bertopengkn manusia...kau berikanlah kekuatan kepada kami saudara sesama ISLAM agar syiar ISLAM tetap utuh..pegangan kami tetap berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah.. sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui... Amin..

tepuk dada tanya selera... sekian!

general

Hargai Bakat Mereka..

3:32 PM


hoho..mencuri tulang diwaktu pejabat disaat ketiadaan kerja... bukan curi tulang sebab xnak buat kerja.. that was 2 different situation ok..

baiklah.. while i'm surfing dengat page UiTM Jengka dekat FB tadi, ada a girl lah advertise something... dia kata jomlah baca nukilan dia which titled Dalam Diam Ku Mencintaimu.. so, i read that short novel and it was interesting.. dia ada bakat besar dalam penulisan.. i was to be sort like that some time before.. dulu suka sangat tulis ala-ala sajak tuh nk hantar kat majalah sekolah dengan nama pena yang glamer-glamer gitu..

i bet some ppl pernah buat the same thing like me..haha.. tapi aku respect dorang..imiginasi dan kreativiti dorang memang hebat.. awesome.. dorang kena relate juga dengan fakta-fakta..and of course some of them make lots of research before they start writing.

sebab tak semua orang boleh menulis.. kadang2 kita ada plot cerita but we didnt know macamana nak mengembangkan penceritaan tu..sebab tu certain ppl ada idea yang bagus but they fail to deliver the story..ala macam karangan time-time sekolah dulu.. dapat tajuk yang lebih kepada penceritaan mesti ramai yang boleh goreng.. bila pasal fakta separuh muka surat pun payah nak habis..

penulisan yang bagus adalah bilama kita membacanya kita dapat masuk dalam penceritaan tu.. means kita dapat rasa apa yang penulis tu nak sampaikan... itu kadang-kadang some ppl when they read novel ada yang tersenyum sorang-sorang and ada juga yang tacing habis dengan plot cerita tu..

try have a read there.. kalau cerita dia bagus, u can't wait for the next episode.. orang macam ni kita kena hargai bakat dorang. sebab tak semua orang berbakat untuk menulis.. different ppl have different talents.. so, we have to support them.. let them product their best product and being improved day by day.. sambil-sambil tu bolehlah pupuk minat untuk membaca.. kan..kan.. find your interest in reading and you'll read anything..everywhere

so, just pay a visit here and u'll various genre of novel Penulisan2u

EMO

Mereka Tak Faham!!

9:46 PM


ok.. xda ape yang nak diperkatakan sangat.. ini ape yang aku rasa saat ini.. dah macam lagu Medicine pulak..
well, whatever it is this is my side of viewing..

sesetengah orang yang kita cukup kenali kata mereka sangat memahami kita.. tapi sebenarnya mereka tidak faham.. mereka tak faham kenapa tiba-tiba kita menangis.. kenapa tiba-tiba kita terasa kecil hati, kenapa kita lebih selesa dengan orang yang lain... kenapa kita suka itu dan ini..

apa yang akan mereka ucapkan adalah... kenapa kita tidak memahami mereka...memahami perasaan mereka..sedangkan mereka sendiri tidak mahu memahami kita..kita mahukan mereka menghormati perasaan kita.. memahami kehidupan kita.. just give us space to breath in our own world.. setiap orang ada lain-lain kehendaknya... everything would be ok if rules of understanding adopted in our life.. mcm give and take.. ada tolenrasi.. tapi kalau itu pun masih susah yang difahami, apa lagi yang mampu aku buat.. aku redha..

aku pernah mengalami keadaan sebegitu rupa..seringkali diherdik dimaki sebab mereka tak faham... tak faham punca sebernarnya terjadi.. seringkali juga aku makan hati.. langkah terbaik adalah menangis..ataupun luahkan di blog..xpun aku amik air sembahyang..sembahyang.. that's me.. lebih suka memendam..tapi jangan cabar aku..kadang-kadang kesabaran ada hadnya.. bila kesabaran itu goyah.. jangan salahkan aku andai aku bersikap kurang ajar..jangan salahkan aku andai aku meninggikan suara..jangan salahkan aku andai aku mencampakkan barang ke mana-mana... jangan salahkan aku andai aku menghempas pintu...

aku dah bagi semampu yang aku boleh bagi.. kadang-kadang aku korbankan keinginan aku untuk mereka.. tapi hasilnya, aku dituduh kurang ajr.. xhormat pada orang.. pentingkan diri sendiri.. sebabnya... mereka tak pernah nak faham aku... mereka tak pernah cuba untuk berbuat demikian...  aku yang perlu menjaga hati mereka dari hati aku sendiri..

kadang-kadang sampai aku fikir, takda sapa pun yang sayangkan aku.. no one that cares for me.. no one.. sampai kadang-kadang aku nak bawa diri ke suatu tempat yang sangat jauh.. jauh dari sini..tapi aku tahu, masih ada yang menyayangi aku..

cuma aku harap, tolong fahami aku...tolong cuba untuk memahami kehidupan aku.. aku punya dunia aku sendiri.. beri aku ruang untuk bernafas dengan aman.. jangan suka mengambil kesempatan ke atas aku atas tiket status korang.. jangan biarkan apa yang aku pendam selama ini memakan diri..  Jangan menghukum aku tanpa memahami keadaan sebenar.. Ya Allah, kuatkan imanku.. kau tenangkanlah hatiku.. jauhkan aku dari semua perkara-perkara yang jahat..Amin!

sebab aku tahu hidup ini mcam marker permenant..sekali dah tulis ambil masa untuk memadamnya.. hidup bukan seperti novel yang bisa dipenakan mengikut kehendak si penulis.. hiddup ini adalah realiti.. whatever happened we must face it..
cuma pintaku.. fahami aku!

Popular Posts

Like us on Facebook

Instagram

Flickr Images