7 Punca Utama LAPAR..

12:57 PM

Salam and Morning friends...


Hehe sejam yang lalu baru je sapedek Mee Goreng plus kuih raya plus kek gula hangus.. kek serawak.. kek span.. hehehe Thanx pada Fadzrin my officemate sebab bawah juadah ala2 hari raya and of course sebab sudi ajak makan.. ngee..


while nothing to do ni.. masa tengah spamming internet...jengukla belog Sis Lin.. so I found this nice entry nih.. sebab kita ni cepat nau laponye so jum investigate, apa punca dia.. pasni bolehla kita control sket... kan.kan


(gambo ehsan dari image google search)

(1) Minum terlalu banyak minuman manis
- Hasil daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.
(2) Makan makanan bertin
- Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia sepertibisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.
(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi
- Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat (4) tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.
(4) Tidak makan sayur-sayuran
- Khasiat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.
(5) Tidak minum teh kurang gula
- Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.
(6) Kurang minum air masak
- Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak terlebih dahulu.
(7) Kebosanan
- Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.


sumber artikel : iluvislam



so, lepas ni we have to work hard untuk kawal rasa lapar ok.. Selamat beramal sambil mengingatkan untuk diri sendiri juga....

You Might Also Like

0 jari dompok

Popular Posts

Like us on Facebook

Instagram

Flickr Images