Sunday, June 26, 2011

Terkini : Lelaki di Pahang perlu bersaing dengan warga asing untuk dapatkan pasangan

KUANTAN 20 Jun - Lelaki di Pahang dilihat sedang menghadapi "saingan" daripada lelaki warga asing untuk mendapatkan pasangan hidup dan pekerjaan.


Ini berdasarkan nisbah 13:1 iaitu bagi setiap 13 lelaki tempatan terdapat seorang lelaki warga asing di Pahang seperti yang terkandung dalam penemuan awal banci penduduk dan perumahan Malaysia yang terbaru.


"Bilangan warga asing di Pahang ini memberi implikasi daripada segi persaingan lelaki di Pahang untuk mendapatkan pasangan mahupun pekerjaan, sekaligus memberi kesan terhadap institusi kekeluargaan," kata Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Aminah Abdul Rahman.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas taklimat Dasar Keluarga Negara dan Pelan Tindakan Dasar Keluarga Negara di sini hari ini yang dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, anggota-anggota exco kerajaan negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Mohammad Safian Ismail.


Aminah berkata bahawa di Pahang pada masa ini bilangan lelaki dalam umur perkahwinan, iaitu 20 hingga 34 tahun, ialah 198,600 orang berbanding 188,900 wanita.


Bancian yang dijalankan tahun lepas itu juga menunjukkan bahawa kaum lelaki di Pahang melebihi wanita pada nisbah 113:100, satu angka yang melebihi paras nasional pada 105:100.


Berdasarkan bilangan sebenar, terdapat 759,587 orang lelaki dan 683,778 wanita di Pahang.


Menurut Aminah, sekiranya nisbah bilangan jantina tidak seimbang, ia boleh menimbulkan masalah kekurangan bilangan penduduk antara jantina dalam kumpulan umur perkahwinan tertentu untuk dijadikan pasangan hidup.


"Senario ini mungkin berlaku selepas penghijrahan keluar dari negeri Pahang oleh wanita muda dan ini menyebabkan kaum lelaki terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan pasangan dan boleh menyumbang kepada isu kahwin lewat," katanya.


Aminah berharap Dasar Keluarga Negara dapat membantu kerajaan negeri untuk mengambil kira perspektif keluarga dalam setiap perancangan dan pembangunan negeri.


"Ini termasuklah seperti mengkaji semula dasar-dasar dan peraturan yang tidak mesra keluarga di tempat kerja di samping memberi khidmat sokongan keluarga yang lebih komprehensif bagi membantu golongan produktif ini untuk membina kehidupan yang lebih stabil," katanya.


[Bernama]
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ini serius beb. . dekat Pahang ni je foreigner lebih ramai dari local.. but it's true.. cube tengok sendiri berapa ramai Indonesians, Bangla, Nepal, Myanmar, Pakistan... either secara halal atau seludup.. memang ramai sangat. especially kalau kerja yang berkaitan ladang, kontrak, dekat pasaraya mcm Tunas Manja tuh.. ramai geng2 foreigner... kedai2 runcit.. dah tu yang local pulak banyak yang keluar berhijrah.. konon xda class kalau cari makan kat tempat sendiri.. suka sangat bagi peluang kat foreigner.. biler dorang sapu perempuan local baru dorang bising-bising.

jadi masih adakah lelaki Pahang untuk saya... wth kan.. wutever, jodoh semua ditangan Tuhan.. Bukan kat pahang maybe kat negeri lain... but the most important is He must a MALAYSIAN.. Pure MALAYSIAN.. tapi we must take seriously this matter.. Malaysia sekarang semakin dibanjiri dengan foreigner.. kalau respect others xpe juga.. ini certain buat Malaysia ni macam negeri dorang pulak.. nak tunjuk besar kat tempat dorang..

harap pihak2 berkenaan ambil tindakan yang sewajarnya..

2 comments: