Tuesday, March 30, 2010

Cara Pakai ShawL #2 (ala-ala Dato' Siti Nurhaliza)

1. Pakai anak tudung ekin seperti biasa. Masukkan bahagian yang selebihnya ke dalam baju untuk tampak lebih kemas.

2. Letakkan selendang diatas tudung ekin. Pastikan panjang kedua-dua belah sama. Letakkan jarum peniti atau pin di bahagian tepi kedua-dua belah pipi untuk mengelakkan selendang daripada jatuh.
3. Ambil salah satu bahagian selendang tidak kira sebelah kiri atau kanan, mengikut keselesaan anda dan letakkannya di bahagian bahu berlawanan. Pastikan anda menyusun selendang di atas bahu dengan kemas supaya tidak nampak semak. Susun selendang tersebut di bahagian dalam selendang yang lagi satu.
4. Letakkan bahagian selendang lagi satu di bahu berlawanan. Pastikan anda mengambil bahagian yang paling hujung atau bahagian bucu dan letakkan di bahu seperti di dalam gambar. Ambil sedikit-sedikit helaian selendang dan susun di atas bahu sehingga sepenuhnya terletak di atas bahu.
5.Kemaskan susunan selendang anda supaya tidak nampak semak
Kini anda telah siap menggayakan selendang dengan stail ala-ala Dato' Siti Nurhaliza.
Selamat Mencuba. =]


Tips : Pemakaian ini boleh digayakan jika anda ingin tampak berbeza dan lebih anggun. Sesuai digayakan ke majlis makan malam atau sebarang malam anugerah.

1 comment: