Tuesday, March 30, 2010

Cara Pakai ShawL #1


1. Pinkan 'shawl' dengan sebelah kanan panjang sebelah kiri pendek, atau sebaliknya, mengikut keselesaan anda.
Tips- Pastikan shawl digosok hingga rata di bahagian muka untuk hasil yang cantik. Bagi shawl jenis silk, anda boleh menggunakan ironing aid seperti starch atau lilin, tidak perlu banyak kerana akan merosakkan material.

2. Pinkan bahagian yang pendek ke atas bahu berlawanan dan pastikan bucu berada betul-betul 'center'.
Tips- Untuk lebih kemas, anda boleh menyematkan jarum peniti supaya shawl tetap kemas walau dalam apa jua keadaan.

3. Ambil bahagian yang panjang tadi, dan lilit ke arah berlawanan ke atas kepala dan sematkan dengan jarum peniti atau brooch untuk lebih menarik. Kemaskan bahagian depan supaya tidak nampak semak.
Tips- Pastikan lilitan di bahagian kepala ketat supaya shawl tidak mudah jatuh.
4. Lebihan kain dililit boleh dilepaskan begitu sahaja untuk gaya yang lebih dramatik. Sesuai untuk majlis formal atau menghadiri majlis perkahwinan.

5. Namun, untuk tampak lebih kemas,anda boleh melilit lebihan kain kehadapan dan membentuk bucu dan sematkan ke bahu dengan pin atau brooch.
Siap. Anda kini tampak lebih yakin dan menarik. Wow!
Tips : Jika anda lebih suka tampak normal dan kasual, gaya ini sesuai untuk anda.

No comments:

Post a Comment