New Movie : TALENTIME

12:05 PM




Filem Talentime - Buah tangan terbaru daripada Pengarah Yasmin Ahmad yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam bermula 26 Mac depan.. Sebuah karya yang bagus dan telah membuatkan aku untuk menonton... as Known, most of her products were such excellent.. dan mempunyai kelainan tersendiri...

so, I just post the theme song of the movie.. some pictures and sinopsis tooo..












Sinopsis





Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati - Melur, seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India, Mahesh. Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah.




Begitu juga Hafiz, memikat dengan bakat nyanyian sambil bermain gitar, yang membahagikan masa antara persekolahan dan bersama ibu yang dirawat di hospital kerana menghidap tumor otak. Ia bermula selepas Mahesh, antara pelajar yang ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibakat ke rumah Melur. Rupanya yang kacak memikat hati gadis itu. Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh yang menjaga keluarga itu sejak ketiadaan ayah, mati ditikam di hari perkahwinannya.


Melur, menyangka sikap membisu Mahesh kerana sedih dengan tragedi itu, berang apabila terus tidak dipedulikan. Dia bagaimanapun kesal selepas diberitahu oleh Hafiz mengenai keadaan sebenar Mahesh.Itu merubah persepsi Melur terhadap Mahesh. Begitu juga Mahesh yang menyenangi kehadiran gadis itu yang sering mengungkapkan puisi indah. Mahesh, menyedari perhubungan itu akan ditentang, menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Namun, rahsia itu terbongkar dan Mahesh dipukul di depan Melur sendiri. Cuma sehari sebelum berlangsungnya pertandingan, apakah Melur cukup gagah untuk menyanyikan bait puitis lagunya ketika hatinya sedang sengsara mengingatkan Mahesh? Bagaimana dengan Mahesh yang bertemu cinta pertamanya? Di malam Talentime, segalanya terungkai.




Cast


Name: Mahesh Jugal Kishor
Age: 19 yrs
Education : Diploma in IT (Asia Pasific Institute of Information Technology)
Films:Talentime

Name : Mohammad Syafie b Naswip
Age: 17 yrs
Education: Form 5 – SMK Gombak Setia, Gombak, Kuala Lumpur
Films: Mukhsin, Talentime


Name: Jaclyn Victor
Age: 31 yrs
Achievements: Champion, Malaysian Idol Season 1
Films: Talentime


Name: Howard Hon Kahoe
Age: 17 yrs
Education: Form 5 – SMK Gombak Setia, Gombak, Kuala Lumpur
Films: Talentime



Name: Pamela Chong Ven Teen
Age: 26 yrs
Education: Degree in BA MASS COMMUNICATION AND MULTIMEDIA
Films: Talentime



You Might Also Like

0 jari dompok

Popular Posts

Like us on Facebook

Instagram

Flickr Images