1,000 ditawar guru kontrak

8:25 PM

PUTRAJAYA 20 Mac - Sebanyak 1,000 siswazah akan dilantik sebagai guru kontrak di bawah program Tenaga Pengajar Secara Kontrak dengan peruntukan RM48 juta.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, guru-guru yang terpilih dijangka dapat memulakan perkhidmatan selewat-lewatnya pada Mei ini.

Beliau berkata, peluang tersebut dibuka kepada semua peringkat pencari kerja sama ada siswazah atau mereka yang sedang mencari pekerjaan.

"Proses pengambilan akan bermula dalam tempoh terdekat dan makluman tentang tawaran itu akan dikeluarkan dalam portal kementerian sedikit masa lagi.

"Pengambilan mereka akan melibatkan semua kategori sekolah sama ada sekolah rendah atau menengah di seluruh negara termasuk sekolah sukan, sekolah menengah teknik, sekolah agama dan lain-lain," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada peruntukan belanja mengurus sebanyak RM144 juta, diagihkan di bawah bajet mini yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Mac lalu.

Daripada keseluruhan RM60 bilion yang diperuntukkan dalam pakej rangsangan ekonomi kedua itu, sebanyak RM2.093 bilion disediakan kepada bidang pendidikan iaitu meliputi RM1.949 bilion bagi pembangunan pendidikan selain RM144 juta untuk belanja mengurus.
Hishammuddin berkata, setakat ini kementerian sedang menunggu syarat-syarat pelantikan yang sedang diselaraskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi digunakan oleh semua kementerian.

"Kementerian bagaimanapun telah membuat persediaan bagi membuat pelantikan itu demi memastikan segala keputusan yang dihasratkan menerusi pakej rangsangan ekonomi tersebut dapat dilaksanakan seberapa segera," katanya.
Beliau turut menyambut baik kenyataan Menteri Tenaga Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor untuk menempatkan 3,000 siswazah yang mempunyai kelulusan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah-sekolah.

"Saya berharap usaha ini dapat membantu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian sekali gus merangkaikan warga sekolah secara interaktif melalui Schoolnet," katanya.

You Might Also Like

2 jari dompok

  1. aku xnak komen pasal guru kontrak tue tapi aku ckup happy tak terhingga bila mu kena belasah dek liverpool dan klah plak dgn fulham...dah laa 2 org kena kad merah 'bodo' plak tue ha ha ha ha...long life liverpool.

    ReplyDelete
  2. muahahaha...ang ni mmg pedajal tul... itu isu sensitip tuh.. that's why aku wat xnampak jer...
    nak tgk game last weekend pun xda mood bila MANUtd kena bantai 1-0 ngan fulham.. ngan pool lak lagi hangin..sib baik tgk kat rumah.. kalu tgk kat kedai lagi haru...

    wakakaka

    tp xpe.. chance nak kekal di atas masih ado..

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Instagram

Flickr Images