Monday, August 9, 2010

ATTENTION TO BLACKBERRY USER..



TEMPOH SEMINGGU DIJANGKA UNTUK UMUMKAN PENGHARAMAN BLACKBERRY.


Keputusan sama ada untuk mengharamkan terus penggunaan telefon selular Blackberry di negara ini dijangka diumumkan dalam tempoh seminggu, selepas kerajaan mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Menteri berkenaan, Datuk Seri Rais Yatim, mengumumkan bahawa perbincangan lebih teliti sedang berjalan dan kerajaan akan mempertimbangkan secara serius sebelum mengambil sebarang tindakan. 

Ura-ura pengharaman Blackberry dicatatkan Singalautmetro kelmarin, berikutan adanya beberapa negara Arab seperti United Emeriah Bersatu (UAE) mengambil tindakan drastik mengharamkannya atas faktor keselamatan. UAE menggantung semua urusan web browsing dan emel atas dakwaan operasi telefon itu melampaui garis keselamatan.

Difahamkan juga, penggunaan telefon pintar itu turut diperhalusi oleh kerajaan Arab Saudi dan tindakan pengharaman tidak mustahil dilakukan selepas mendapati ada maklumat tertentu dieksport ke luar negara. Bagaimanapun Arab Saudi seperti Malaysia mengambil pendirian untuk berbincang secara mendalam sebelum membuat sebarang keputusan.

Isu pengharaman telefon selular Blackberry menjadi hangat apabila ada pihak mendapati keupayaan sistem komunikasi telefon berkenaan yang dihantar kepada satu pangkalan mampu menjejaskan keselamatan sesebuah negara. Pakar bidang komunikasi tidak menolak kebimbangan itu terutama jika maklumat keselamatan tertentu disalahguna oleh penjenayah atau pengganas dunia.

Sehingga kini dipercayai Blackberry yang sejarahnya bermula pada tahun 1997 di Kanada, telah menguasai lebih 30 peratus pasaran dunia di mana Blackberry Internet Service (BIS) terdapat di lebih 100 negara diuruskan menerusi lebih 500 pengendali serivis telefon yang menggunakan pelbagai teknologi canggih terkini.  

Kebanyakan pakar keselamatan dan perisikan dunia, terutama yang memfokus kepada kaedah penghuraian maklumat keselamatan yang berkod atau menggunakan isyarat-isyarat luar jangka, menggunakan model blackberry sebagai perantara dalam proses pengumpulan maklumat.

Dunia perisikan semakin mudah kerana penyaluran maklumat kepada satu pangkalan, memberi ruang untuk kerja pencerakinan dan menyedari boleh berlakunya ketirisan maklumat kepada pihak pengganas yang juga canggih memahami sistem Blackberry ini, banyak negara semakin risau dan bimbang.

No comments:

Post a Comment