Emas bola sepak milik Malaysia

10:57 AM



Kemarau 20 tahun berakhir, tewaskan Vietnam 1-0

VIENTIANE: Malaysia akhirnya menamatkan kemarau pingat emas bola sepak dalam Sukan SEA selepas mengalahkan Vietnam, 1-0 di peringkat akhir yang berlansung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Kebangsaan di sini hari ini.

Pemain-pemain kebangsaan bawah 23 tahun tiba dengan tidak diberi harapan memenangi sebarang pingat membuat kejutan dengan memenangi pingat emas pada Sukan SEA-25 itu.
'Kemenangan' itu dihadiahkan oleh hasil gol sendiri pemain Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-84 sekali gus menjadikan jumlah pungutan pingat kontinjen negara sebanyak 40 emas di sini.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia mara ke perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA ialah pada 2001 di Kuala Lumpur tetapi kalah 1-0 kepada Thailand menerusi gol masa tambahan.


Ini merupakan kali pertama Malaysia mengalahkan Vietnam sejak 2001 pada semua peringkat kejohanan Asia Tenggara termasuk Piala Tiger.
Kemenangan semalam turut menebus kehampaan setelah kalah kepada Vietnam 3-1 pada perlawanan peringkat kumpulan.
Tahniah buat K.Rajagopal dan skuad Bola Sepak Kebangsaan.. ternyata percatuan beliau membuahkan hasil dan dengan dengan membawa kembali Zaquan Adha ke sana berjaya meledakkan semangat pasukannya.. Apa yang pasti pasukan Bola Sepak Malaysia akan mengubah kedudkan mereka dalam AFC...
Tahniah Pasukan Malaysia... Kita berjaya buktikan pada mereka kita adalah yang terbaik..
keep it up...
Bila pasukan kita dah menang, yang dok merendah-rendahkan mereka tiba2 bertukar jadi bangga... yang banyak cakap terduduk.. dan yang penting tiba2 FAM bangga x sudah...
sources... mstar & utusan Malaysia...


You Might Also Like

1 jari dompok

Popular Posts

Like us on Facebook

Instagram

Flickr Images