MUC julang trofi AJL 23

4:25 PM

Walaupun dah hampir 2 minggu AJL berakhir tp, berita mengenainya tetap terus diperkatakan especially berita sang juara Meet Uncle Hussain.. AJL 23 yang bertemakan "Iluminasi Muzik" secara keseluruhannya berjaya memastikan majlis berjalan dengan lancar dan bagi aku AJL ni adalah yang terbaik.. ia juga berjaya mengiktiraf karya2 pemuzik kita ke suatu tahap yang membanggakan..

for the beginning pun dah menarik dengan aksi Juara gangstarz musim ke 2-One Nation EMcees..
Persembahan artis2 yang bertanding juga memang mantap.. Tapi adat pertandingan harus ada yang menang dah kalahnya.. whateverpun, mereka dah buat yang terbaik..

Akhirnya trofi AJL 23 milik MUC dengan mempertaruhkan lagu hits mereka 'Lagu Untukmu" dan
telah mengangkat serta memberi pengiktirafan kepada kumpulan independent (indie) tempatan untuk kali yang ke-2 selepas Estranged yang elah memenangi anugerah yang sama di AJL 22. They deserved it... Persembahan yang unik dan vokal yang bagus.. Tahniah buat MUC..

Tahniah juga buat Faizal Tahir.. AKhirnya tertunai juga impian dia untuk beraksi sendiri di pentas AJL.. kedua-dua lagunya 'Sampai Syurga' dan 'Coba' memang best.. Vokal yang tak perlu dipertikaikan lagi.. Aku paling suka lagu kedua dia 'sampai syurga'.. persembahan yang unik.. hingga melayakkan dirinya memenangi kategori 'Persembahan Terbaik'

Harus dipuji, AJL kali ini tidak menggunakan khidmat sms untuk kategori persembahan terbaik.. 100% ditangan juri profesional yang lebih arif menentukan pemenangnya.. semoga dengan berakhirnya AJL kali ini akan menyuntik semangat buat pengkarya-pengkarya kita untuk menghasilkan muzik yang bermutu lagi berkualiti..

Agak menarik masa persembahan penyanyi2 cilik.. walaupun masih kecil tetapi vokal dan persembahan mereka seperti penyanyi amatur.. CAyolah!!

You Might Also Like

0 jari dompok

Popular Posts

Like us on Facebook

Instagram

Flickr Images