Wednesday, October 14, 2009

-Time is Constrain-


diam x diam, kita di penghujung bulan syawal... apakah kita akan bertemu lagi di ramadhan dan syawal seterusnya... Insya-allah.. Pada yang telah melaksanakan puasa 6..alhamdulillah.. semoga ibadah kita di terimaNYA..

hampir 2 bulan kot blog ni x diupdate langsung... sebab time itu begitu constrain dengan kerja-kerja lain.. kemalasan yang ketara juga adalah salah satu faktornya...
well, let's start with my best friend's wedding last saturday.. it was a precious moment for me.. can u imagine, seorang yang begitu mafia..selambe..rockers telah di transform menjadi seorang wanita yang begitu anggun sekali...

mengimbau kembali saat2 perkenalan kami.. aku dengan che norhanisal (ude) merupakan classmate dekat Uitm Jengka dulu.. bilik kami pun agak dekat.. dan pernah juga menjadi roomate.. benarlah kata pujangga.. "tak kenal maka tak cinta".. jika kita tidak cuba masakan kita tahu isi hati seseorang.. bermula daripada rakan sekelas, akhirnya kami telah menjadi rapat.. banyak masa kami dihabiskan bersama-sama.. dengan rakan rakan lain seperti linda, ekin, izan dan juga haslinda..

kami juga pernah menjadi rakan jahat dalam mencilok sos cili dari KFC.. membasuh kain sama-sama.. pendek kata semuanya kami lakukan bersama.. dari segi perwatakannya, Ude memang baik dari sifat dalamnya.. tapi berbeza dengan fizikal nya, dengan tudung bawal dijahit seperti tudung sekolah, tanpa di rapikan tudungnya, berbaju kurung ikut dan, berkasut dr.cardin dan merempit, memang sempoi dan selamba sekali.. tetapi itulah ude..

pada awalnya, ude amat meminati lelaki yang lebih tua darinya.. katanya 40 tahun lagi best dibuat suami.. kalau duda lagi bagus pasal banyak pengalaman... kami hanya ketawa kerana ude begitu pasif dengan lelaki

saat menginjak ke alam pekerjaan, setelah berkomunikasi dengan pelbagai jenis manusia, serba sedikt telah mengubah ude dari segi perasaan dan personalitinya.. aku sendiri pun terpaku saat kami bertemu... personalitinya berbaza sangat.. tampak seperti wanita sejati.. tiada lagi dr cardin.. tiada lagi pakaian tangkap muat dan tiada lagi bangles di tangan.. saat itu, tudungnya telah dirapikan, mukanya dihiasi make up, berkasut sandal dan bertas tangan..mungkin penangan setelah di'sound' oleh bos nya sehingga kini ude berkhidmat di jabatan imigresen putrajaya.. dan mungkin itu telah menyebabkan sham terjatuh hati padanya.. maklumlah hati ude terlalu luhur.. saat cintanya bersemi maka cinta itu akan berkembang dan akhirnya disatukan terlebih dahulu dari kami.. itulah penangan cinta dan jodoh ketentuan Ilahi...



09/10/2009
tiada apa yng dapat digambarkan saat terlihat ude telah sah menjadi isteri kepada sham



10/10/2009
ude disandingkan bersama sham, angah dan suami..,, semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhirnya... semoga dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah.. dan semoga juga ada lagi diantara kami yang akan mengikuti jejak ude..



p/s: better late than never kan.. so selamat pengantin baru buat ct syarizwa dan aju.. semoga hubungan dua hati ini kekal ke akhirnya..

No comments:

Post a Comment