Jodoh Itu Ketentuan Tuhan

11:29 AM

Sedang berjalan-jalan di satu webby, akhirnya aku telah tertarik dengan artikel nih..
jadi, aku letak artikel ni dalam blog aku, untuk kita sama2 berkongsi ilmu nya..
ehehehe

artikel by : bintang_hati

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.


Entertainment

I'm Currently Addicted..

5:18 PM

recently.. i'm really addicted with Indonesian product.. In the mean time, eager to go there.. how's powerful their attraction to me.. wakakaka.. In my MP3 collection, most of the songs are from seberang pak.. i dunno why,their songs, lyrics, and music composition is just fulfilled my music needs... Bukan nak membanggakan music luar but, it's a true..

just listen to our local radio.. even though gov has stated 90:10 music from outside, yet.. the songs from outside still got the highest demand from our local community..bukan sekadar music, bahkan drama dari luar tetap mendapat perhatian dari masyakat kita.. especially from Indonesia.. setiap channel televisyen di negara kita, pasti ada segmen drama indonesia.. almost..

  • TV 1 - Wulan
  • TV 2 - Olivia
  • TV 3 - Taubat, Siti Nurbaya,
  • TV 9 - Mutiara
  • Prima - INTAN
  • Kerispatih,Letto, Samson, Ungu, Krisdayanti, Rossa, Melly Goeslow,

Sampaikan, aku berusaha tgk TV secara streaming gara2 penangan sinetron dari Indonesia..

Apa yang hebatnya karya luar dan apa yang kurangnya karya kita.. Tepuk dada tanyalah selera...

camping

AKu Si Bidan Terjun

3:30 PM

Date : 10th Oct - 12 Oct 2008
Venue : Tapak Perkhemahan, SK Bukit Kepayang
Subject : Perkhemahan Tunas Puteri Peringkat Daerah Bera , 2008
-------------------------------------------------------------------------------------------------
first time jadi guru pengiring best juga.. dulu just sebagai student jer.. la ni, dapatlah rasa keistimewaan sket.. tidur dalam khemah siap ada bantal, confortable... boleh bawak hp.. makan pun kat dalam air-cond..hehehe.. how lucky to be a teacher..
-------------------------------------------------------------------------------------------------

ni, time budak2 ni tgh hidupkan api..nak masak la kunun..

yang ni, after they finished their cooked.. tu, tgh rasa telur yang dimasak dalam tanah.. Diorang nak bagi aku rasa, tp thanx but no thanx... hehehehe.. si Ira la yang beriye-iye nak bagi aku test..


yang ni time buat "golliwok"..ye ke spelling dia..but sound the same la.. yang ni baru aku blaja buat dari diorang... time sekolah dulu tak pernah tau pun nak buat patung camtu.. kira zaman purba la time aku dulu.. eii farahin sorang jer tgk kamera, yang lain tuh malu2 kucing plak..

yang ni time buat gubahan berbentuk beg.. yang ini pun aku ada curi2 buat..nasib baik juri2 profesional xnampak... hehehehe

cantiklah..our gubahan.. kira2 pass la nak wat gubahan hantaran kahwin.. but, unluckily xmenang..sian my student.. dah la kena forced blaja buat hari2..tp xmenang juga.. at least diorang dapat sesuatu yang baru.. kena bersungguh kalau nak berjaya..


forum session.. at first mmg dah tarik diri.. coz last minute pihak organiser bagi tajuk.. in the meantime kita dah prepared for another tajuk.. tp, kredit to kak mala & kak senah, prepare text a few hours before the forum start.. nasib baik dah practise before, jd diorang tahu format forum tuh..


yang ni lah part yang paling budak2 ni suka.. time menyanyi..lagu2 tunas puteri.. aku pun xtau coz time aku sekolah dulu aku x join tunas puteri...huhuhu... tp, bab shila tuh yang buat berterabur sket nyanyian dorang ni.. dia asyik nak ketawa jer.. nasib baik first group..


finally, b4 we got back to school, let's snap photo... ni my pic with kak mala, kak senah and my std 6 students.. just got a precious memory there with my students.. mmg best..!

Popular Posts

Like us on Facebook

Instagram

Flickr Images