Diet

7 Punca Utama LAPAR..

12:57 PM

Salam and Morning friends...


Hehe sejam yang lalu baru je sapedek Mee Goreng plus kuih raya plus kek gula hangus.. kek serawak.. kek span.. hehehe Thanx pada Fadzrin my officemate sebab bawah juadah ala2 hari raya and of course sebab sudi ajak makan.. ngee..


while nothing to do ni.. masa tengah spamming internet...jengukla belog Sis Lin.. so I found this nice entry nih.. sebab kita ni cepat nau laponye so jum investigate, apa punca dia.. pasni bolehla kita control sket... kan.kan


(gambo ehsan dari image google search)

(1) Minum terlalu banyak minuman manis
- Hasil daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.
(2) Makan makanan bertin
- Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia sepertibisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.
(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi
- Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat (4) tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.
(4) Tidak makan sayur-sayuran
- Khasiat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.
(5) Tidak minum teh kurang gula
- Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.
(6) Kurang minum air masak
- Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak terlebih dahulu.
(7) Kebosanan
- Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.


sumber artikel : iluvislam



so, lepas ni we have to work hard untuk kawal rasa lapar ok.. Selamat beramal sambil mengingatkan untuk diri sendiri juga....

bila nak kawen

J... It's about TIME !

10:26 PM

hasil cedokan hari ini...

Cara Cepat Menjemput Jodoh

By: M. Agus Syafii

Sahabatku, Jodoh sudah ditakdirkan Allah, jodoh anda tidak akan kemana-mana dan akan datang jika waktunya tiba. Tugas anda hanyalah berusaha & berdoa untuk segera menjemput jodoh anda. Jangan berputus asa dan bersabarlah dalam menjemput jodoh yang telah ditetapkan Allah.  Allah memberikan pilihan dalam memberikan jodoh untuk anda. Pertama, adalah cepat mendapatkan jodoh. Kedua, lambat mendapatkan jodoh. Pilihan ketiga, menunda mendapatkan jodoh sampai bertemu jodohnya diakhirat kelak. Apapun pilihannya jodoh yang ditentukan Allah, itulah yang terbaik bagi anda. Lantas bagaimana cara cepat untuk mendapatkan jodoh?

Sahabatku, cara cepat menjemput jodoh adalah Perbaikilah diri dan tingkatkan ketaqwaan anda kepada Allah. Terkadang tanpa kita sadari, kita mendikte Allah tentang jodoh kita. Ketika datang seseorang yang mendekati kita untuk membangun hubungan yang serius mewujudkan keluarga sakinah, kita terburu-buru menolaknya, karena tidak sesuai dengan yang kita inginkan. Cobalah, bila memang ada yang hendak serius tidak serta merta untuk ditolak namun dipetimbangkan terlebih dahulu sekaligus berdoa memohon petunjuk Allah, bisa jadi orang itu yang memang yang dikirim Allah untuk jodoh anda. Berprasangka baiklah pada Allah dan berprasangka baiklah kepada siapapun yang memang hendak berta'aruf dengan anda. Bisa jadi seseorang yang kita anggap buruk, dia adalah baik untuk kita dan yang kita anggap baik, dia adalah orang yang buruk untuk kita. Mohonlah yang terbaik menurut Allah maka terbaik pula untuk kita.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui" (QS. 2 :216).

Wassalam,
M. Agus Syafii

1 malaysia

Telco tangguh caj 6 peratus! (yeay)

2:17 PM

from : Berita Harian


Celcom, Maxis, DiGi, U Mobile terima nasihat Perdana Menteri 
KUALA LUMPUR: Empat syarikat pengendali utama telekomunikasi di negara ini semalam bersetuju menangguhkan caj cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadual dikuat kuasa Khamis ini.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata persetujuan itu diputuskan secara bersama oleh empat syarikat terbabit selepas mengadakan perbincangan bersama kementerian itu di pejabatnya di Angkasapuri di sini.
“Setelah mengadakan perundingan dengan empat syarikat telekomunikasi utama yang terbabit dengan isu cukai perkhidmatan, kesemuanya bersetuju supaya cukai perkhidmatan enam peratus yang akan dikenakan kepada pengguna ditangguhkan dan tidak lagi dikuat kuasa seperti yang diumumkan sebelum ini. 

“Perbincangan membabitkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile berlangsung dalam suasana cukup baik, mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak),” katanya kepada pemberita selepas perbincangan kira-kira sejam bersama wakil pengurusan tertinggi syarikat telekomunikasi itu, semalam. 

Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Datuk Shazalli Ramly; CEO Kumpulan, Digi Henrik Clausen; CEO Kumpulan Maxis Sandip Das dan CEO U Mobile, Dr Kaizad Heerjee. 

Pengguna telefon bimbit prabayar Khamis lalu dikejutkan dengan pengumuman bersama syarikat telekomunikasi bahawa mereka akan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus bagi pembelian pek atau kad SIM prabayar, berkuat kuasa 15 September ini. 
Berikutan pengumuman itu, banyak pihak termasuk persatuan pengguna membantah langkah itu dan menyifatkannya sebagai tidak masuk akal kerana hanya membebankan rakyat terutama pelajar. 

Rais juga berkata, penangguhan itu bagi membolehkan kajian semula dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat telekomunikasi berkenaan bagi menentukan bila perkhidmatan itu wajar dikenakan cukai serta kadar yang boleh dikenakan. 

“Saya rasa lega bahawa mereka bersetuju untuk menangguhkannya dan kementerian akan membuat beberapa kajian mengenai isu yang dibangkitkan seperti bila waktu terbaik untuk mengenakan cukai perkhidmatan dan di paras mana pengguna perlu membayar sama ada pada ketika membeli kad prabayar pertama atau pada setiap kali membaharuinya,” katanya. 

Beliau berkata, semua perkara yang dibangkitkan itu akan dibawa kepada mesyuarat Kabinet akan datang. 

Sehubungan itu, beliau berharap isu cukai perkhidmatan itu tidak dibangkitkan lagi kerana syarikat telekomunikasi berkenaan sudah menangguhkan pelaksanaan caj itu. 

Rais berkata, bagi menghargai syarikat telekomunikasi yang membayar RM6 bilion melalui hasil cukai perkhidmatan kepada kerajaan sejak 1998 serta peranannya dalam memberikan perkhidmatan telekomunikasi kepada hampir 26 juta pengguna telefon prabayar di negara ini, beliau akan menyarankan agar kerajaan memberikan penghargaan atas sumbangan itu. - BERNAMA 
****************************
alhamdulillah, by now boleh lagi berasa lega as the 6% service tax hold on dulu.. hebatkan kuasa pengguna.. kalau digunakan pada saluran yang betulla..

betul, kalau diteruskan, yang jadi mangsa adalah pembeli.. syarikat komunikasi dan orang tengah yang untung. let say beli top  up RM10, 6% RM0.60.. total RM10.60.. kadang2 penjual pun nak untung juga..(adake yang xnak untung) for sure dia akan jual at RM11.. mesti orang cakap, "susah-susah tukar je bill" memang.. tp for those yang xpandai control, bukanke nanti akan mendera diri sendiri nak membayar bill pulak.. pastu orang akan cakap lagi "dah tau mcm tu, jimat2la pakai" betul, kita memang berjimat. tapi kalau prepaid tuh xda due date bolehla.. ini kalau top up RM10 only for a week je, after a week nak guna kena top up untuk di free kan line even tho u just guna a few je kan.. so tepuk dada tanyanya sendiri nak makan ape kan..


BFF

Birthday Kawan Saya!

9:35 PM

hehe xda ape.. just nak tulis saja2..
Harini 12hb September 2011, birthday kawan baik saya... Nur Amiza Maarof... 9hb September 2011 aritu pun birthday kawan baik saya Siti Mazura Mat Yatim... tapi dia duduk dekat, senang la nak lepak2 together. macam cik Amiza nih, jauh la... last jumpa pun tahun lepas.. asik2 jumpa fav pot rumah org kawen.. xpela Amiza ada keizinan nnt kita jumpa lagi ye.. pasti!

coming soon 15hb September 2011, birthday my lovely sister and aunty.. semoga korang2 semua, dipanjangkan umur, dipermurahkan lagi rezki, sentiasa berada di bawah keberkatanNYA dan semoga dikurniakan dan dipertmukan jodoh yang baik (cik Amiza & cik Mazura) koang kawan baik saya dunia akhirat.. nothing in this world can repay our friendship price..

sayang korang lebih2.. semoga ikatan persahabatan kita kekal sehingga nafas yang terakhir. insya-allah!

a card yang dah di touch up oleh shida rosli untuk cik amiza..

hari raya

Jumaat sudey!

10:44 AM

Salam and good morning..

time flies so fast minggu ni.. tengok-tengok dah hari Jumaat.. adakah disebabkan we are still in the mood of raya atau kerja-kerja pejabat yang belum lagi menimbun.. hehe.. adakah disebabkan masa dipejabat di isi dengan sesi gossiping.. well, dun get the exact answer for now.. hehe

Belum punya masa untuk tawaf rumah kawan2.. i dun think i have that time.. sian Haziq ngan mama dia.. nanti kalau semua orang pegi beraya sape nak tolong tengokkan.. hehehe.. selalunya weekend ada je orang datang melawat.. for us yang bekerja, weekendla yang free.. xpe Haziq mak yong ok je.. so, tunggu je kawan2 datang.. macam esok, my officemates nak dtang.. nak tengok anak sedara dorg..


hari-hari xsabar nak balik jumpa Haziq dah.. eii mak yong geram tengok haziq.. xboleh nak tengok Haziq ni free mesti kena usik.. hehe..semalam jumpa pakaian untuk baby.. tp xbleh beli lagi as it's too big for Haziq.. sabar ye ti mak yong belanja ye..

till here je la... semoga hari-hari kita sentiasa di dalam keredhaan Nya.. kepada yang berpuasa 6,  Selamat berpuasa.. hehe.. Have a great weekend!

1 malaysia

Berdua Bersatu

12:18 AM

Assalaamualaikum reader.. and morning..

Hahaha..first of all, selamat hari raya.. as we are still in the mood of raya.. raya kan sebulan..
well, this time nak share bout this teen group yang menamakan diri mereka For Teen.. one of the new artist under KRU Records Label.. and of course I do admire all the songs, lyrics that produce by KRU.. yeay..



Tajuk lagu terbaru forteen ni ala sort of single gitu is Berdua Bersatu.. most of the song and the 1st time ever i heard this song kat Hot.Fm.. love at first note gitu.. dengr je lagu ni terus fall in love.. just because of the tone.. the melody.. and of course the song writer too.. apa2 product from KRU i just love it... hehe.. hard fan KRU la weh...

so, this is the song... this is the lyric too.. enjoy! jomla support karya-karya dan product-product Malaysia.. if not us, siapa lagi..!

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna kumampu
Kita berdua bersatu










1 malaysia

Salam Lebaran 1432 Hijrah.. Selamat Menyambut 54 Merdeka!

12:28 PM

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa

Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira...


Ya Allah... Ramadhan itu akan meninggalkan kita in just few days je lagi.. Mungkinkah kita diberi kesempatan untuk bertemu dengannya lagi..
 
Yang pasti, Ramadhan itu pasti meninggalkan kita dengan pellbagai pengisian.. dan pengertian.Semoga Lebaran yang bakal menjelang disambut dengan penuh kemenangan.. penuh kegembiraan.. semoga tali silaturrahim itu dapat dieratkan.. semoga segala kekeruhan dapat dijernihkan. tangan dihulur, maaf dipinta.. saling kunjung mengunjung amalan mulia..
 
Pada yang pulang ke kampung halaman.. berhati-hati memandu.. semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju..
 
 

 
disamping itu juga .. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 54.. Hargailah keamanan.. kedemokrasian.. perpaduan Malaysia.. Semoga Negara kita MALAYSIA sentiasa aman..damai..makmur dan bersatu padu..
 

audit

Lawak Hari Jumaat.. ngee

3:13 PM

salam my fellow friends.. hahaha.. good news... i'm in a holiday now. yeay... sangat suka kan.. lagi suka bila dapat anak buah kan.. HAZIQ HAIDER last tuesday 23rd August 2011... but cerita tu kita hold on dulu ye..

xnak tulis panjang.. just enjoy this very fun photo.. mmg sangat kelakar.. ini my officemate yang jumpa... for th 1st time pun kiteorg mmg gelak sampai x hengat dunia.. seyes... so, how about you.. tapi  yang xpernah menceburi this field maybe taks time kot nak paham..

bazaar ramadhan

Ramadhan Itu Masih Dirasai dan Dinikmati...

2:08 PM

Assalamualaikum...

Alhamdullillah.. Thanx Allah for still giving me a chance to write.. even thou being ages tak update.. adoii... malas nak menulis sayang oii... biarpun waktu bekerja agak singkat bebulan puasa ni.. tp nak menunggu my father fetch up tuh dah macam balik keje time bulan tak puasa.. owh... bulan puasa ni I x bawa kereta... itu yang terperap je dalam opis.. hhaahha

so far alhamdulillah...bersyukur sebab diberi kesempatan lagi untuk menikmati keindahan bulan Ramadhan.. mengerjakan solat sunat Terawikh... berbuka puasa bersama dengan keluarga.. rakan-rakan tersayang.. its all the precious moment to me.. seronok tengok budak2 yang baru belajar puasa ni... teringat zaman2 kecik dulu.. ada yang terminum air time mandi la.. konon2 terlupa baca niat puasa la... tp sebab ada "UPAH" itu yang kadang2 jadi semangat nak puasa full.. tp dah besar2 ni jarang angatla dapat puasa full ni.. al-maklumlah..

regarding to my work sepanjang puasa ni.. xdala sesibuk mana.. but kerja still ada... kadang2 tu terlentok juga... kira seronok la kerja bulan puasa ni... keje xbanyak... waktu keje pun sikit....jimat duit makan tengah hari but have to use the money pulak nak beli juadah berbuka... yang itu kalau ikutkan nafsu semua nampak sedap.. semua nak beli..

tapi kadang2 our seller ni jual sebab nak untuk.. ataupun saja2 nak jual masa bulan puasa.. but the taste are so poor sometimes.. mcm tak ikhlas je.. that is why i took a long time to choose my menu.. bila dah beli, and the resulted of the taste is not good as i expected, so for the next tme i should have banned the seller..

competitors among the sellers mmg banyak.. more than 2 person jual murtabak.. yang jual ayam golek apatah lagi kan.. harga kebanyakkan nye a bit increase than last year.. mungkin disebabkan oleh kenaikan certain harga bahan mentah.. minyak pun dah naik... mabye that's the reason.. so, budget kita pun akan naik la.. nasb baik harga kuih sekitar temerloh ni 3 biji RM1, tapi kat N9, kuih sebiji M0.40 so, tak dapatla 3 singgit.. itu belum kira kat KL.. rata2 sebiji kuih dah RM0.50..

starting this week.. bermula era membuat kuih raya... even tho zaman skrg dah maju.. u can now main tunjuk je.. tapi home made cookies tiada tolok bandingannya.. me my self pun jarang menempah ataupun membeli kuih ni.. because of the taste.. itu sangat penting.. harga mahal kalau kena dengan taste dia.. xrasa regret kalau beli.. tapi buat sendiri lagi terasa feel raya dia.. maybe tahun ni xbuat banyak as previous..

also starting la kita pakat shopping ramai2.. orang gomen bestla dapat bonus.. yang keje ngan private.. ado... jalan2 utama menuju tempat2 shopping memang tak hengat dengan jammed da.. sedangkan kat Temerloh ni pun dah jammed.. apatah lagi dengan bandar2 besaq tu.. hahaha.. belum lagi shopping.. tengoklh dalam minggu depan kot2 ada yang terbekenan di hati.. hehehe...

and the most important is.. lagu raya is on air now at everywhere and everytime.. teringat zaman dulu2..time kanak2.. howand while listen to lagu raya..kadang2 ia mengingatkan kita pada orang2 yang kita kasihi yang telah pergi meninggalkan kita.. we missed that time we spent together... tapi dh janji dia dengan Allah sampai takat itu sja.. kita yang hidup pun belum pasti selama mana kita bisa bernafas.. sebab jodoh..ajal dan maut semuanya ditangan DIA yang Maha Esa.. Al-Fatihah buat mereka yang telah kembali ke rahmatullah.. semoga roh mereka di cucuri rahmat...

Regards..

Ramadhan

Ramadhan Itu Bertamu Kembali

3:43 PM

Assalamualaikum..

1st Ramadhan dah!!!Alhamdulillah.. syukur kepadaMU Ya Allah, kerana dengan izinMU dapat juga aku bertemu kembali dengan bulan yang mulia ini.. Sesungguhnya umatMU sekalian begitu merindui bulan Ramadhan ini.. Bulan dimana kita bisa melipatkali gandakan pahala dan bulan inilah juga yang dapat menghapuskan dosa.. Ya Allah, berkatilah amal ibadatku , kedua ibu bapaku, keluargaku serta muslimin dan muslimat sekalian.. ampunilah jua dosa-dosa kami.. Berkatilan amalan puasa kami Ya Allah.. Kau tabahkan hati kami ini dalam menempuh dugaanMU Ya Allah..Ya Allah bantulah kami di dalam mencari cinta dan redha-Mu..




إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيلَةٍ من شَهرِ رَمضَانَ صُفَّدتِ الشَّياطينِ ومَردَةُ الجنِّ وغُلِّقتْ أَبوابُ النِيرانِ فلَمْ يُفتَحْ منها بابٌ وفُتِّحتْ أَبوابُ الجنَّةِ فلَمْ يُغلَقْ منها بابٌ ويُنَادِي مُنَادٍ يا بَاغِيَ الخيرِ أَقبِلْ ويا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقصِرْ. ولله عُتَقَاءٌ من النَّارِ وذَلكَ كُلَّ لَيلَةِ



"Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/dirantai segala syaitan dan jin-jin yang sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka segala pintu syurga hingga tidak ada satu pintupun yang ditutup. Seorang penyeru (yakni Malaikat) akan berseru; "Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu (yakni berhentilah dari melakukan kejahatan)". Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap malam (di sepanjang Ramadhan)"


(Hadis Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a)
 
sedikit bingkisan doa harian sepanjang Ramadhan ini untuk kita sama-sama menghayatinya..


Doa Hari #1


Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.

Doa Hari 2

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keridhoan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dad Semua Pengasih!!

Doa Hari 3

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!

Doa Hari  4

Yaa Allah! Berikanlah Kekuatan Kepada Ku, Untuk Menegakkan Perintah- Perintah-Mu, Dan Berilah Aku Manisnya Berdzikir Mengingat-Mu. Berilah Aku Kekuatan Untuk Menunaikan Syukur Kepada-Mu, Dengan Kemuliaan-Mu. Dan Jagalah Aku Dengan Penjagaan-Mu Dan Perlindungan- Mu, Wahai Dzat Yang Maha Melihat.

Doa Hari  5

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Memohon Ampunan, Dan Jadikanlah Aku Sebagai Hamba-Mu Yang Sholeh Dan Setia Serta Jadikanlah Aku Diantara Auliya'-Mu Yang Dekat Disisi-Mu, Dengan Kelembutan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Pengasih Di Antara Semua Pengasih.

Doa Hari  6

Yaa Allah! Janganlah Engkau Hinakan Aku Karena Perbuatan Maksiat Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk Balasan- Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapat Menyebabkan Kemurkaan-Mu, Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Puncak Keinginan Orang-Orang Yang Berkeinginan!

Doa Hari  7

Yaa Allah! Bantulah Aku Untuk Melaksanakan Puasanya, Dan Ibadah Malamnya. Jauhkanlah Aku Dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa Nya. Dan Berikanlah Aku Dzikir Berupa Dzikir Mengingat-Mu Secara Berkesinambungan, Dengan Taufiq- Mu, Wahai Pemberi Petunjuk Orang- Orang Yang Sesat.
Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa.. Selamat mengisi bulan Ramadhan ini dengan mencari keberkatanNYA.. selamat Berbazaar Ramadhan...(belanjanya biar berpada ya.. elakkan pembaziran). Selamat menunaikan solat terawikh..

nota.. doa hari ke-8 dan seterusnya akan diupdate so soon.

Popular Posts

Like us on Facebook

Instagram

Flickr Images