facebook

Video Call Facebook!

11:05 AM

Morning readers.. Assalamualaikum too..

Mencuri sedikit masa after few hours looking at the figures that I can't solve it yet..
one thing for sure, kat radio ada lagu raya tau..


FACEBOOKERS.. hehehe

korang mesti dah well known kan tentang Facebook yang dah di upgrade.. Most of us sangat2 tidak menyukai the new FB.. macam menyemakkan je and not that friendly use lagi.. tapi, wut to do.. dah Mark Zuckerberg yang control kan.. for us ada 2 choices je.. either you want it or just leave it kan.. Sanggup ke berpuasa FB? I bet no.. biarlah xda notification pun, tapi log in FB haruslah setiap hari.. Paling koman, stalking at other page kan..



VIDEO CALL

Do you realize that FB sekarang boleh buat Video Call.. Cam Chat gitu.. advance kan... pada yang biasa chatting tu mesti dah well known dengan benda ni.. kaki-kaki YM.. and of cause la your lappy or your PC ada camera.. be logic la kan.. Cara dia? Hello you all semua dah advance kot.. just click at your online friend and choose to Video Call.. before that biasala you must to accept the application gitu.. senang sangat...

ok lets see Video Call from the aspect of general use..

Bila dah ada Video Call ni.. wut do you expect? Senang kan nak berkomukasi dengan person yang jauh dimata kan.. lets have some examples..

1. adik-beradik/sanak-saudara/anak/keluarga yang ada di oversea atau beribu-ribu batu dari rumah you all.. dapat juga melepaskan rindu kan.. nak tengok anak cucu..mak ayah...

2. tunang/couple/wife/husband - boleh la dak nak tengok wajah memasing.. lepaskan rindu.. mana tau ada yang nak spot check kan.. as everywhere now you can online.. Wi-Fi everywhere.. Broadband now cheaper to subscribe..

3. pada yang online business owner, boleh show terus your product when client request, maklumlah by seeing the photo cannot guarantee the actual product kan.. client puas hati, seller pun untung..

itu je dapat difikirkan at the moment.. will add up bila got more ideas..

well, itu kita tengok from the positive side.. wut about the negative side..
as we knew, FB juga brought along lots of problem.. ada sampai bercerai sebab jumpa semula kekasih hati dekat FB.. ada juga sampai hampir dirogol as you trust the stranger that you kenal tru FB.. Ada yang sanggup deal the sex business tru FB.. Nauzubillah kan.. so dengan adanya video call ni...

1. you can show everything .. EVERYTHING.. because people nowadays are so brave.. even primary school student pun dah expect about sex..

2. wife/husband of somebody yang jumpa GF/BF lama boleh lepaskan rindu masing2.. mula la nak curang.. [it's just an assumption ok]

ok, this one i leave it to you.. anything can happen with the Video Call when you misused the technology and application as well..

For parents, please double supervised your children and your underage daughter & Son.. they all nowadays are very advance regarding technology.. PLEASE.. don't let them jadi hamba technology.. don't let them and us misused the technology..

Ok, for me I use the video call by now just nak tengok my dear Haziq.. even tho the quality of Video Call depends on your connection and your cam too [I think]

Please appreciated the technology.. Fully utilised it in a very good way.. some will said that we are only human.. but human can think well.. but evrything depends on you..depends on your intention.. bad or good its your choice..

till then, will continue soon.. For those yang belum try the video call, Selamat Mencuba.. 

Regards,
didalavida 

blackberry

ATTENTION TO BLACKBERRY USER..

11:47 PM



TEMPOH SEMINGGU DIJANGKA UNTUK UMUMKAN PENGHARAMAN BLACKBERRY.


Keputusan sama ada untuk mengharamkan terus penggunaan telefon selular Blackberry di negara ini dijangka diumumkan dalam tempoh seminggu, selepas kerajaan mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Menteri berkenaan, Datuk Seri Rais Yatim, mengumumkan bahawa perbincangan lebih teliti sedang berjalan dan kerajaan akan mempertimbangkan secara serius sebelum mengambil sebarang tindakan. 

Ura-ura pengharaman Blackberry dicatatkan Singalautmetro kelmarin, berikutan adanya beberapa negara Arab seperti United Emeriah Bersatu (UAE) mengambil tindakan drastik mengharamkannya atas faktor keselamatan. UAE menggantung semua urusan web browsing dan emel atas dakwaan operasi telefon itu melampaui garis keselamatan.

Difahamkan juga, penggunaan telefon pintar itu turut diperhalusi oleh kerajaan Arab Saudi dan tindakan pengharaman tidak mustahil dilakukan selepas mendapati ada maklumat tertentu dieksport ke luar negara. Bagaimanapun Arab Saudi seperti Malaysia mengambil pendirian untuk berbincang secara mendalam sebelum membuat sebarang keputusan.

Isu pengharaman telefon selular Blackberry menjadi hangat apabila ada pihak mendapati keupayaan sistem komunikasi telefon berkenaan yang dihantar kepada satu pangkalan mampu menjejaskan keselamatan sesebuah negara. Pakar bidang komunikasi tidak menolak kebimbangan itu terutama jika maklumat keselamatan tertentu disalahguna oleh penjenayah atau pengganas dunia.

Sehingga kini dipercayai Blackberry yang sejarahnya bermula pada tahun 1997 di Kanada, telah menguasai lebih 30 peratus pasaran dunia di mana Blackberry Internet Service (BIS) terdapat di lebih 100 negara diuruskan menerusi lebih 500 pengendali serivis telefon yang menggunakan pelbagai teknologi canggih terkini.  

Kebanyakan pakar keselamatan dan perisikan dunia, terutama yang memfokus kepada kaedah penghuraian maklumat keselamatan yang berkod atau menggunakan isyarat-isyarat luar jangka, menggunakan model blackberry sebagai perantara dalam proses pengumpulan maklumat.

Dunia perisikan semakin mudah kerana penyaluran maklumat kepada satu pangkalan, memberi ruang untuk kerja pencerakinan dan menyedari boleh berlakunya ketirisan maklumat kepada pihak pengganas yang juga canggih memahami sistem Blackberry ini, banyak negara semakin risau dan bimbang.

Popular Posts

Like us on Facebook

Instagram

Flickr Images