education

1,000 ditawar guru kontrak

8:25 PM

PUTRAJAYA 20 Mac - Sebanyak 1,000 siswazah akan dilantik sebagai guru kontrak di bawah program Tenaga Pengajar Secara Kontrak dengan peruntukan RM48 juta.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, guru-guru yang terpilih dijangka dapat memulakan perkhidmatan selewat-lewatnya pada Mei ini.

Beliau berkata, peluang tersebut dibuka kepada semua peringkat pencari kerja sama ada siswazah atau mereka yang sedang mencari pekerjaan.

"Proses pengambilan akan bermula dalam tempoh terdekat dan makluman tentang tawaran itu akan dikeluarkan dalam portal kementerian sedikit masa lagi.

"Pengambilan mereka akan melibatkan semua kategori sekolah sama ada sekolah rendah atau menengah di seluruh negara termasuk sekolah sukan, sekolah menengah teknik, sekolah agama dan lain-lain," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada peruntukan belanja mengurus sebanyak RM144 juta, diagihkan di bawah bajet mini yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Mac lalu.

Daripada keseluruhan RM60 bilion yang diperuntukkan dalam pakej rangsangan ekonomi kedua itu, sebanyak RM2.093 bilion disediakan kepada bidang pendidikan iaitu meliputi RM1.949 bilion bagi pembangunan pendidikan selain RM144 juta untuk belanja mengurus.
Hishammuddin berkata, setakat ini kementerian sedang menunggu syarat-syarat pelantikan yang sedang diselaraskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi digunakan oleh semua kementerian.

"Kementerian bagaimanapun telah membuat persediaan bagi membuat pelantikan itu demi memastikan segala keputusan yang dihasratkan menerusi pakej rangsangan ekonomi tersebut dapat dilaksanakan seberapa segera," katanya.
Beliau turut menyambut baik kenyataan Menteri Tenaga Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor untuk menempatkan 3,000 siswazah yang mempunyai kelulusan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah-sekolah.

"Saya berharap usaha ini dapat membantu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian sekali gus merangkaikan warga sekolah secara interaktif melalui Schoolnet," katanya.

education

my Oh my

11:06 AM


Teacher..cikgu..

hahaha.. it's just a big challenge for me to survive.. New environment.. new officemates.. new teaching subjects and new students with various races..

but, the most problem is some students who did not understand Bahasa Melayu well apatah lagi ENglish.. Bila masuk kelas for ENglish subject, for certain classes I should used Bahasa Melayu.. itupun still some students yang tak faham.. I should used translator to explain something to them.. that's not the big problem..

yang jadi problem, when students are not interested to learn.. Ponteng kelas.. x bawa buku ke kelas and so many ofcreated reasons.. Lagi kasihan when Malay students yang buat hal sebegitu.. Even i've put a very hard try to help them but priceless..meaningless..

Students sekarang berbeza dengan students dahulu.. Their respective to their teachers are much much less.. Dun know what to now anymore.. I've trying all my best to help students.. If they do not intersted to learn, it's up to them.. dah berbakul-bakul nasihat.. nak rotan pun dah tak terdaya... nak marah, seems it just bad for our health... bila buat baik.. soon kita yang kena pijak.. nak denda, useless.. so what to do anymore...

kadang2 kesian tgk students yang minat belajar terganggu dengan keadaan yang dicipta students yang dikategorikan 'nakal' dan 'hyperactive'.. nak2 kalau kelas2 yang hujung.. students are quite weak in learning.. those who interested, i give them more attention.. boys and girls now are all the same.. bermasalah.. kalau dulu boys yang a bit hyper.. but now girls pun sama..

Being a teacher now is a big challenge.. but the top management of the school should take seriously of the school environment and take the best action to overcome the problem nowadays.. include other teachers and students themselves..

what to do yer to make students interested in learning...


Popular Posts

Like us on Facebook

Instagram

Flickr Images