Mandi Bunga..

12:06 AM

As salam.. and Salam Sejahtera Readers..

pernah dengar Mandi Bunga? weehuu mesti pernah kan..kan..
ala mandi dengan million of flowers tuu..


oh my... while i was surfing the net tiba-tiba terus came across mandi bunga ni.. most people said, mandi bunga ni untuk buang sort of benda-benda yang xbaik.. normally para pengantin yang nak kawen yang akan mandi muda ni.. biar berseri dihari persandingan they all..tapi mostly cakap, mandi bunga ni untuk orang yang xkawen-kawen lagi.. biar naik seri dia.. biar cepat sikit kawen...

apa dia mandi bunga?
mandi dengan air yang penuh bunga? oh yeah.. pandai...

tapi, dari segi saintifik, mandi bunga ni baik untuk kesihatan.. sebab certain bunga mempunyai kebaikan tersendiri selain baunya yang sangat wangi.. it's sort of terapi yang boleh menyegarkan badan..

dalam Islam : Mandi bunga bertujuan untuk mengharumkan badan dan tujuan kebersihan adalah diharuskan tetapi sekiranya mandi bunga itu dikaitkan dengan amalan perbomohan yang boleh merosakkan akidah, maka perbuatan tersebut dilarang,


Jika seseorang itu mempercayai bahawa mandi bunga dapat menghindar daripada perkara-perkara buruk maka hukumnya adalah syirik, kerana menyamakan bunga dengan kuasa Allah, sedangkan bunga itu adalah makhluk Allah dan kuasaNYA tiada batasannya. Justeru itu sebagai hambanya kita hanya wajib mempercayai segala apa yang berlaku adalah qada' dan qadar Allah SWT..
 
ok.. jangan salah nawaitu..

Back to mandi bunga..

ada one of my friend yang mencadangkan to me suruh mandi bunga since I'm not married till today ok.. dia kata cubalah.. apa salahnya mencuba.. tapi, untill now xcuba-cuba lagi.. seriously i'm interested untuk mencuba.. please suggest to me the best one ok.. nak rasa kesegaran bermandi dengan bunga... oh yeah! mesti wangiii..

one of my auntie pun pernah mandi bunga.. hasil dia.. xlama lepas tu terus bertemu jodoh.. mungkin kebetulan.. atau mungkin itu ketentuan Allah Yang Esa.. apa lah kiranya kita berusaha dari duduk diam bagai menunggu bulan jatuh ke riba.. kan mandi bunga dapat kasi keyakinan diri..eceh.. Yang pasti jodoh pertemuan.. ajal dan maut semuanya Allah yang tentukan.

by the way,  i want to share 1 artikel yang mana saya dapat from HERE for us to gain some knowledge and info..

Amalan mandi bunga bukan baru dalam masyarakat Melayu namun selalu disalah anggap dan dikaitkan dengan ritual membuang sial atau sesuai untuk wanita berusia yang belum menemui jodoh.Ia berasal daripada kepercayaan lama yang dipegang oleh orang Melayu, kononnya untuk membuang sial dan menaikkan seri wajah.



Tapi sekarang amalan mandi bunga ni bertujuan untuk menghilangkan tekanan, menyegarkan badan, mencantikkan kulit, menghilangkan bau badan dan menaikkan aura warna dalam badan untuk kelihatan ceria dengan wajah yang berseri.


Melakukan mandi bunga atas dasar para pakar perubatan telah mengesahkan kebaikan dan khasiatnya kepada tubuh badan, bukanlah satu kesalahan.

Antara jenis bunga yang biasa digunakan


  • Mawar merah - membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi.
  • Mawar putih - menyegarkan dan menyucikan badan supaya nampak lebih berseri.
  • Cempaka putih - melembut dan mewangikan badan.
  • Cempaka kuning - menyerikan wajah dan mewangikan badan.
  • Melur putih dan kuning - menyucikan dalaman.
  • Bunga kenanga - menaikkan seri dan senang didekati.
  • Limau purut - buang kotoran badan dan membuka pori supaya aura serta seri bunga dapat bergabung dengan aura badan dengan mudah.
  • Limau susu - melembutkan kulit.
So, jom mandi bunga... and jom kita serbu spa-spa yang ada.. xsabar nak try.. mesti lepas tu badan jadi segar dan bau sangaaat wangi...


regards,
shida rosli

You Might Also Like

0 jari dompok

Popular Posts

Like us on Facebook

Instagram

Flickr Images