Karakter diri mengikut urutan dalam keluarga
12:36 PMfIRSt of all, credit goes to my BFF amiza and kitapunyaakal..
well, for the 1st time baca rasa tertarik plak.. sort of magnet menarik suruh baca..
huhu what more can I say, it's 90% true.. tapi tolong jangan label that i'm too choosy.. and please, I'm normal.. bukan bengkok2.. (ala-ala komen artis malaysia pulak kan) and I wanna get married when the right time has come.. bukan percaya 100% but certain ada rasa tempias sikit.. hehe.. apa yang penting, kita kena percaya rukun iman yang ke-6. percaya pada qada dan qadar... sesungguhnya ajal, maut di tangan Allah.. kita hanya merancang, DIA yang menentukan..
Anak Tunggal
Sifat : Ciri khas anak tunggal suka menggantungkan cita-cita yang tinggi dan sangat idealistik. Anak Tunggal memiliki kadar idealistik yang tinggi (tertinggi diantara anak yang lain dalam soal jodoh, dan pekerjaan). Anak tunggal juga sangat suka merantau, berekreasi atapun bekerja. Anak Tunggal memiliki persamaan dengan anak pertama iaitu tidak suka membuat sebarang masalah (cinta akan kerdamaian). Kecenderungan si Anak Tunggal lebih suka kepada lawan jenis yang berwajah dan bersikap dewasa. Biasanya mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.
Selera Jodoh: Anak tunggal menurut penelitian Psikolog kurang sesuai dengan anak tengah, akan banyak konflik terjadi karena banyak perbezaan antara mereka. Anak tunggal kurang suka dengan pasangan yang anak bongsu, dia lebih suka yang bersikap dewasa dan serius seperti anak Pertama
(umumnya).
Anak Sulung
Sifat : Sifat dasar anak pertama adalah bijaksana, bersikap lebih dewasa dan memiliki paling banyak ilmu namun jarang dikeluarkan/diucapkan. Lebih banyak berfikir. Anak Sulung berfikir lebih mendalam serta kritis (umumnya memiliki daya analisa yang paling teliti).
Anak pertama kebiasaannyamempunyai banyak ilmu, di dalam dirinya namun tidak banyak dikeluarkan oleh ucapan kecuali oleh teman terdekatnya saja. Sifat baik anak Sulung yang lain adalah jarang memukul atau tidak suka mengusik karena sifatnya agak serius. Mereka sentiasa memikirkan masa hadapan keluarga, diri sendiri.
Sifat buruk anak Sulung adalah paling tegar, paling liat, dan sangat pemilih dalam urusan jodoh daripada anak-anak yang lain (pada umumnya), dan biasanya sangat mengharapkan sekali pasangan yang kacak atau yang cantik, dan berduit.
Selera Jodoh :Anak Pertama orangnya lebih matang dan dewasa, biasanya suka dengan anak Bungsu, namun tidak menutup kemungkinan suka anak di posisi yang lain. asalkan ada rasa cinta, karana pada umumnya Anak pertama menyukai pasangan yang cantik/kacak atau yang berfikiran jauh/matang (idealistik). Mereka lebih cerewet dalam soal jodoh kerana inginkan yang terbaik untuk keluarga. Dapat dijadikan contoh yang baik. Sikap orang lain tak boleh lebih darinya jadi pegangan.
Anak Tengah
Sifat : Anak Tengah memiliki sifat yang lebih bebas, berani, keyakinan diri tinggi dan lebih mudah menunjukkan ekspresi dalam perkataan dan tindakan (Mudah member pandangan, dan sangat lancar dalam gerakan). Sifat baik anak Tengah adalah sangat ramah dan mudah bergaul atau menyesuaikan diri dengan orang lain sehingga dengan mudah disukai banyak orang, disamping itu memiliki jiwa seni lebih tinggi daripada anak yang lain (Seniman).
Sifat kurang baiknya adalah senang beremosi, senang tersinggung, suka mencari pasal, namun mudah merasa salah, rajin menolong. Anak tengah biasanya susah mengalah Anak Tengah paling berani diantara yang lain . Biasanya Anak Tengah paling mudah berkomunikasi atau akrab juga dengan anak tengah tapi bergaduh juga dengan anak tengah itu sendiri. Ego mereka juga sedikit tinggi berbanding adik beradik yang lain.
Selera Jodoh : Kalau menurut ilmu jodoh psikologi anak tengah kurang sesuai dengan anak tunggal disebabkan karana banyaknya perbezaan dan akan ada banyak konflik. Anak tengah akhirnya akan mencari jodoh yang akan dapat memenangkan hatinya.
Anak Bongsu
Sifat : anak bungsu memiliki sifat Fun (menyenangkan) dan manja. Kerana sudah mempunyai kakak-kakak diatasnya, jadi mereka merasa menggantungkan dengan kakaknya atau orang tuanya. Anak Bungsu kurang sesuai untuk menjadi seorang pemimpin karana kurang tegas (tidak semua begitu). Kebaikan anak Bongsu ini umumnya mempunyai badan paling sihat, jarang mengalami sakit apatah lagi yang sakit yang berat-berat, dan biasanya paling awet muda diantara anak-anak yang lain (baby face). Sifat buruk dari anak Bongsu adalah Selalu boros, dan kurang suka menabung karana kurang suka perhitungan dalam kehidupan. Kebergantungan kepada ibu bapa juga lebih. Mereka lebih memahami ibu bapa, kerana pernah tinggal antara anak Bongsu, Ibu serta bapa (3 beranak) sebelum Anak bongsu itu besar dan membina keluarga sendiri. mereka suka bercerita hal peribadi mereka kepada sesiapa, terutamanya kepada ibu bapa.
0 jari dompok