1431 hijrah

Salam Ramadhan 1431 Hijrah!

12:26 AM




Salam kawan-kawan.. pejam celik..pejam celik.. bulan Ramadhan kembali menjengah kita,,
alhamdulillah syukur kehadratNYa kerana diberi kesempatan untuk merasai nikmat Ramadhan ini.. semoga kedatngannya kali ini lebih membawa keinsafan..kesempatan kepada kita untuk menambah amal ibadat dan lebih mendekatkan diri kita kepadaNYA...

dan malam 10hb..insya-allah bermula lah terawih kita... semoga puasa kita dan segala amal ibadat kita terutama di bulan Ramadhan ini diterima dan diberkati olehNYA..

Ramadhan Untukku


Aku merinduimu 
Kini kau kembali 
Betapa girangnya hatiku 
Menyambut kedatanganmu 
Masih ku ingat tragedi lepas 
Pemergianmu mengundang seribu kepiluan 
Sebaknya dada melihat kau pergi
Aku menangis 
Aku merintih 
Tidak terdaya ku menghentikanmu 
Dari pergi dariku 
Andai diberi pilihan 
Akanku mohon keberadaanmu di sisiku selamanya 
Kini kau kembali 
Membawa sejuta harapan 
Menyinari diriku 
Menerangi hatiku 
Dengan keteguhan iman 
Yang tiada bandingan 
Kaulah harapanku 
Kaulah peneguh imanku
Kaulah pengubat luka 
Semoga diriku 
Akan lebih berbahagia di bulanmu, RAMADHAN.........

by :  Aida Ameera @ http://www.iluvislam.com

blackberry

ATTENTION TO BLACKBERRY USER..

11:47 PM



TEMPOH SEMINGGU DIJANGKA UNTUK UMUMKAN PENGHARAMAN BLACKBERRY.


Keputusan sama ada untuk mengharamkan terus penggunaan telefon selular Blackberry di negara ini dijangka diumumkan dalam tempoh seminggu, selepas kerajaan mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Menteri berkenaan, Datuk Seri Rais Yatim, mengumumkan bahawa perbincangan lebih teliti sedang berjalan dan kerajaan akan mempertimbangkan secara serius sebelum mengambil sebarang tindakan. 

Ura-ura pengharaman Blackberry dicatatkan Singalautmetro kelmarin, berikutan adanya beberapa negara Arab seperti United Emeriah Bersatu (UAE) mengambil tindakan drastik mengharamkannya atas faktor keselamatan. UAE menggantung semua urusan web browsing dan emel atas dakwaan operasi telefon itu melampaui garis keselamatan.

Difahamkan juga, penggunaan telefon pintar itu turut diperhalusi oleh kerajaan Arab Saudi dan tindakan pengharaman tidak mustahil dilakukan selepas mendapati ada maklumat tertentu dieksport ke luar negara. Bagaimanapun Arab Saudi seperti Malaysia mengambil pendirian untuk berbincang secara mendalam sebelum membuat sebarang keputusan.

Isu pengharaman telefon selular Blackberry menjadi hangat apabila ada pihak mendapati keupayaan sistem komunikasi telefon berkenaan yang dihantar kepada satu pangkalan mampu menjejaskan keselamatan sesebuah negara. Pakar bidang komunikasi tidak menolak kebimbangan itu terutama jika maklumat keselamatan tertentu disalahguna oleh penjenayah atau pengganas dunia.

Sehingga kini dipercayai Blackberry yang sejarahnya bermula pada tahun 1997 di Kanada, telah menguasai lebih 30 peratus pasaran dunia di mana Blackberry Internet Service (BIS) terdapat di lebih 100 negara diuruskan menerusi lebih 500 pengendali serivis telefon yang menggunakan pelbagai teknologi canggih terkini.  

Kebanyakan pakar keselamatan dan perisikan dunia, terutama yang memfokus kepada kaedah penghuraian maklumat keselamatan yang berkod atau menggunakan isyarat-isyarat luar jangka, menggunakan model blackberry sebagai perantara dalam proses pengumpulan maklumat.

Dunia perisikan semakin mudah kerana penyaluran maklumat kepada satu pangkalan, memberi ruang untuk kerja pencerakinan dan menyedari boleh berlakunya ketirisan maklumat kepada pihak pengganas yang juga canggih memahami sistem Blackberry ini, banyak negara semakin risau dan bimbang.

Kim Hyun Joong

Kim Hyun Joong randomised Photos

3:55 PM


omo... being ages not updating myself regarding kpop...
well, just upload his latest photo while shooting Playful Kiss and his photoshoot around Spain..






















credit to: liezle.blogspot.com//

Chelsea

2010-2011 Trophy Of Community Shield belongs to Manchester United!

3:39 PM





Manchester United kicked-off the new season in style as a 3-1 win secured the 2010 Community Shield sits in the Old Trafford trophy cabinet. 84,623 witnessed an entertaining contest as goals from Antonio Valencia, debutant Javier Hernandez and Dimitar Berbatov sealed another honour for Sir Alex Ferguson.

Sporting their smart new strip, United kicked-off the new campaign with an impressive win over reigning Premier League champions Chelsea.

Paul Scholes silenced critics with an excellent display in midfield as United delivered a statement of intent to Carlo Ancelotti's West London side.

Popular summer signing Javier Hernandez marked his senior debut with a fortunate goal. Antonio Valencia, who had bagged the game's opener, saw his cross slam into the Mexican's face and into the back of the net!
Salomon Kalou's strike threatened a late Chelsea comeback, but Dimitar Berbatov's late lob ensured an impressive win for the Red Devils.

The result will have given Ferguson's Reds a real confidence boost ahead of the Premier League opener against the newly-promoted Barcodes next Monday evening.

full credit to CHRIS @ http://www.thefootballnetwork.net..

Terry and Micheal Owen


First Goal from Valencia


2nd goal from Javier Hernandez.. u make my day yo!


Last but not least.. goal from berbatov..


---------------------------------------------------------------------
well..it's a good started for ManUnited i think... congrates our new striker Javier Hernandez for making us believe in you... To berba hopefully this is not the end of your goal touch.. keep on looking more from you!! hopefully this coming saturday match against NewCastle United.. more miracle awaiting from ManUnited...

Liverfool

Red Devil, Jersi Bola, Salib & Hukum Fiqh

8:57 PM

Assalamualaikum ustaz, saya adalah salah seorang peminat bola sepak dunia.. saya meminati banyak pasukan Eropah. ini kerana ada lambang Salib Setan .. saya mahu tahu adakah saya sebagai seorang muslim boleh memakai jersi tersebut. Saya hanya meminati pasukan tersebut, sekiranya tidak boleh dipakai, adakah dalil yang melarang kita memakainya. Saya ada berbincang bersama rakan - rakan, mereka beritahu saya bahawa kita boleh memakai asalkan kita tidak mengagungkan lambang tersebut. Saya memang ragu - ragu dalam hal ini. Tolonglah selesaikan masalah saya ini ustaz. sekian, wassalam.

JAWAPAN
Wa'alaikumussalam,
Apa-apa sahaja logo  jika adalah benar-benar sebuah lambang salib, ia tidak boleh dipakai sama ada di baju atau lainnya bagi seorang Muslim. Kerana penganut Islam tidak dibenarkan mengiklankan sebarang perkara yang bertentangan dengan Islam.  Dalilnya adalah cukup mudah iaitu firman Allah:-
وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلإِثْمِ وَٱلْعُدْوَانِ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ
Ertinya : dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya ( Al-Maidah : 2)
Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini membawakan sebuah hadis yang menjelaskan lagi larangan member apa jua bantuan sama ada tersirat dan tersurat kepada hal ehwal yang bertentangan dengan aqidah dan hukum Islam. Hadisnya
ومن دعا إلى ضلالة كان عليه من الإثم مثل آثام من اتبعه إلى يوم القيامة ، لا ينقص ذلك من آثامهم شيئا
Ertinya : Barangsiapa yang menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa-dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya sehinggalaha hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit  ( Riwayat Muslim & Ibn Majah )

RED DEVIL, CARLSBERG & CHEVROLET


Jika ia bukan lambang salib, tapi hanya dirasakan sebagai salib hasil imaginasi sendiri, maka tiada masalah untuk memakainya, contohnya seperti kereta Chevrolet. Lambang kereta ini, seseorang individu mungkin menganggapnya sebagai salib namun individu yang lain mungkin merasakan sebaliknya termasuk orang kristian sendiri. Apapun, jika seseorang itu secara tidak dapat dikawal sentiasa terbayang merasakan ia lambang salib, tatkala itu, elok ia dijauhi juga. Namun, dalam konteks biasa, logo kereta tersebut bukanlah salib.
Satu persoalan berkaitan adalah lambang Red Devil pada logo Manchester United.

Walaupun hakikat sebenarnya kita tidak tahu bentuk Syatitan yang sebenarnya, namun apabila manusia telah membuat imaginasi tersendiri berkenaan bentuk Syaitan, menamakannya sebagai Devil dan diterima umum sebagai satu lambang Devil. Tatkala itu lambang Red Devil yang berada di logo Manchester United juga termasuk dalam antara logo-logo yang TIDAK BOLEH, diiklankan dan disyiarkan (ditayang dan dibanggai) oleh seorang Muslim sama ada ditampal di dinding mahupun digunakan di atas pakaiannya.

Justeru, apa-apa logo jika telah diterima umum sebagai satu lambang syaitan, kemungkaran, kejahatan, heavy metal dihiasi amalan dan perbuatan kesyaitanan seperti (Black Metal). Logo itu telah menjadi haram untuk digunapakai.

Berbalik kepad Red Devil, jika ia benar-benar membawa imej umum sesuatu yang bersifat kesyaitanan, atau apa-apa aktiviti kesyaitanan dan dosa. Tatkala itu sudah termasuk dalam kategori Black Metal dan sememangnya tidak terlepas dari hukum haram.

LOGO MANCHESTER UNITED HARUS DAN MAKRUH BILA ?

Tetapi jika imej kesyaitanan dan aktviti dosa besar seperti Black Metal tersebut tidak berkait dengan Red Devil, kerana ia lebih membawa imej umum kepada hal bola sepak dan sukan, tatkala itu ia masih boleh digunakan.

Begitu juga jika ada individu tertentu boleh menyongsang arus lalu mendakwa ia berjaya mengelakkan hati dan pemikirannya dari mengakui ia sebuah lambang syaitan, dan kekal merasakan ia hanya sebuah lambang kumpulan bola sepak terkenal dunia yang tiada kaitan dengan syaitan atau sepertinya, tatkala itu BOLEH dan DIHARUSKAN baginya untuk memakainya.

Walaupun begitu, jika ia boleh menimbulkan fitnah di kalangan orang lan yang melihat, sehingga pemakai dianggap selaku menyokong sesuatu yang diharamkan, hukum HARUS berubah kepada makruh. Kesimpulannya, dalam hal Red Devil, hukum boleh jadi berbeza-beza kerana kepercayaan, keyakinan si pemakai dan orang yang melihat. Yang terbaik, sudah tentulah menjauhinya akibat rasa syubhah yang wujud.

Yang pasti, individu yang soleh dan mengabdikan diri kepada Allah tidak akan sama sekali memerlukan logo ini di dalam kehidupannya. Jika berminat sekalipun, cukuplah menyokong pasukan tersebut dalam pertandingannya tanpa perlu melibatkan diri dan menghabiskan duit dengan membeli jersi-jersi  dan barang berlogo sebegitu.


Namun begitu, memakai jersi pasukan Liverpool yang dengan jelas memaparkan logo arak Carlsberg adalah muktamad hukumnya adalah HARAM menurut hukum Islam berdasarkan dalil-dalil dan hujah sebelum ini dan juga yang diberikan di bawah.

Pengharaman juga adalah MUKTAMAD bagi mana-mana pakaian dan barangan yang mempromosi iklan bank-bank konvensional yang menawarkan produk Riba. Umat Islam dilarang sama sekali secara sepakat ulama, mempromosikan mana-mana bank konvensional kerana dosanya sama seperti berperang dengan Allah dan RasulNya serta berzina 36 kali. 

Hujah dan tulisan ini bukan semata-mata TERHAD kepada kumpulan dan logo yang disebutkan, namun meliputi logo-logo dan jersi-jersi mana-mana pasukan dan kumpulan lain di dunia. 
LAGI DALIL HADIS

Selain dalil Al-Quran di atas, sebahagian dalil lain kepada pengharaman mengguna termasuk memakai sesuatu yang diharamkan untuk Muslim adalah hadis :-

نهانا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نشرب في آنية الذهب والفضة وأن نأكل فيها، وعن لبس الحرير والديباج وأن نجلس عليه، وقال: هو لهم (أي للكفار) في الدنيا ولنا في الآخرة

Ertinya : Rasulullah Sallahualahiwassalam telah melarang kami makan dan minum dari bekas yang diperbuat dari emas dan perak, dan memakai (kaum lelaki) pakaian dari sutera dan juga menggunakannya untuk alas duduk, baginda juga berkata : itu semuanya untuk orang kafir di dunia, dan kita hanya dibenarkan di Syurga kelak. ( Riwayat Al-Bukhari)

Berasaskan dari hadis terbabit, lalu para ulama membuat kesimpulan sebuah kaedah iaitu :-
وما حرم استعماله حرم اتخاذه تحفة وزينة
Ertinya : dan apa-apa yang diharamkan penggunaanya, diharamkan juga mengambilnya sebagai baranngan yang disayangi ( barang dianggap berharga = masterpiece) dan perhiasan.  ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusuf Al-Qaradawi)

Kaedah ini menjawab persoalan sama ada ia diagungkan atau tidak, hakikatnya pemakaian, menjadikan hiasan sama ada sebagai pakaian, hiasan di rumah dan ditontonkan kepada orang ramai itu adalah sebenarnya secara langsung merupakan satu bentuk pengagungannya.

KESIMPULAN

Hukumnya memakai baju kumpulan bola berlambang salib secara jelas dan berlogo apaapa jenama yang diharamkan oleh Islam seperti Carlsberg itu adalah berdosa dan diharamkan untuk orang Islam memakainya dan dijadikan perhiasan dan masterpiece yang dibanggai.

Mankala hukum memakai pakaian yang berlambang Red Devil adalah di antara Harus dan Makruh sebagaimana yang disebutkan situasi berbezanya di atas. Namun, sekiranya ia benar-benar dianggap sebagai logo dan tanda Devil dan tanda negatif dan kejahatan bagi masyarakat awam di sesuatu tempat, ia boleh berubah menjadi haram.

Manakala menggunakan kereta berlogo Chevrolet adalah harus.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

big CREDIT TO USTAZ ZAHARUDDIN @www.zaharuddin.net


my story

I'm back again with bloggy

9:49 PM

alamak...its being ages [since my last post] i didnt post anything.. bz mengalahkan big boss hokey!!!
its too tired doing the same things again and again but with adding some more pressure.. boleh tua sebelum waktu nih.. and its to tired to stay back at office for a long day..


what else? harini during lunch hour our officemate except the unpredictable boss organised a small party.. well actually today birthday our cute dalila, but we also take into the account those yang celebrate birthday yang just around the corner and just past.. so, kami sambut sekali birthday Iqa..[past already]..malmal & atiqah [coming so soon]..alang2 seluk perkasam biarlah sampai ke hujung lengan... erm.. mcm tulah situasi nye..


lagi??erm.. next week insya-allah we also gonna have a trip to Cameroon Highlands..hopefully berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan... supposed this week but seem everybody terikat dengan aktiviti masing2... humang aiii.. xsabar nak jalan2 ke cameroon dengan office mate... kesian dengan jajat xdapat ikot sekali, wut to do jajat... next time okey!!! xsabar nye nak bercutiiii...... before ramadhan... before i leave the company[soon to be] and before budak2 prktikal ni habis... 


lagi??? happy to say that i'm not eating rice for about a month dah... nak diet la kunun.... tp.. terlalu banyak dugaannya.. puase dulu nasi ayam..nasi dagang dan segala nasi..... hampir lupa rasa nasi... hahahahaha
perubahan?? so far adela rasa sikit but yet still kena working hard untuk kurusssss.... NAK KURUS.... 


lagi??? diam xdiam... bulan ramdhan nak menjenguk kita lagi.. semoga kita dapat berjumpa dengan Ramadhan yang mubarak very soon.. tinggal seminggu je lagi...xsabar nak me'top up' kan amal ibadat yg yg belum penuh tuh.... amin Ya Allah!


lagi... erm just end my writing with this very nice and awesome photo... oh yeah! and to be continue my writing later!!!!

AON

Manchester United 2010/2011 Home Shirt released!! I Love iT!!

8:58 PM

woah.. today 15/07/2010.. the MU home shirt for 2010/2011 officially launched... yeay...
time to add on my collection.. can't wait for EPL to start their new season...








"The new Manchester United home kit for the 2010/11 season combines elements of the club’s history with new age technology – as every shirt will be made entirely from recycled polyester, each created from up to eight plastic water bottles as part of Nike’s ‘Considered Design’ programme."


"Aon, the new shirt sponsor, features on the front of the shirt, while inside the shirt on the back of the club crest is the club's mantra, 'Believe'. The message sits right next to the heart, revealing every United fan's 'Inner Pride', while the symbolic Red Devil sits on the sleeve of the shirt and the shorts to add the finishing touches to the kit."

cinta

Fasha V Jejai V Tiz...ahhh Gedik!!!

10:58 AM

Ya, saya dan Rizal bercinta - Fasha Sandha

Finally fasha admit that she has a special relationship with jejai or Toh Muda Rizal Ashram Ramli or ex-hubby Nora Danish!! ha.. she made her own drama successfully!!!




sikit kronologi la kan

1. jejai end his bachelor years dengan nora danish...[grand ok wedding tuh]

2. xsampai beberapa tahun dorg divorced and masa tu if im not mistaken nora tgh pregnant..[sungguh kurang perasaan]

3. dorang divorced pun sebab ada 3rd party..[nora yang comel tuh diceraikan... hurm..]

4. beberapa lama lepas tuh tersebar gambar jejai dengan fasha dalam internet

5. fasha claim that jejai tuh one of her friend's friend..

6. lepas tuh tercetuslah kontroversi 3 pihak antara jejai..fasha..and nora

7. jejai claim juga fasha tuh just a friend of him..

8. fasha & nora still in conflict..[eleh fasha tuh yg perampas]

9. fasha n jejai still continue their secret relation.. tp gambar dorg banyak dalam internet and the latest jejai datang ke location shooting fasha using private heli ok... and fasha claim xtahu menau pasal surprised itu and still claim yang dia dengan jejai xda hubungan istimewa..

10. tercetus pulak kontroversi yang mana ada pulak aris jelita Tiz yang cuba masuk jarum dengan jejai..

11.. Tiz denied on it but jejai admit so do fasha... poyo kan...

12. fasha told press yang sebelum ni Tiq cuba goda Fizz [bf almy nadya] but both of them fizz and almy malas nak masuk campur... seems fasha yang cuba memanaskan keadaan..

13. at last.. on paper officially fasha admit yang dorang bercinta... WTH betul.. satu cerita arahan fasha yang sangat best!! takut jejai kena rampas.. then cepat2 dia buat pengakuan she in love with jejai.. well fasha true love dengan jejai ke or true love dengan wealthy jejai.... only both of them have the answers and fasha knew better dengan her intention over jejai...

ntahla fasha oii.. u always came with controversy yang macam nih.. maybe part of your promotion..
who cares...!! but tolonglah jangan berdrama lagi hokey!! just admit je menda2 yang baik...
hope u ngan jejai will have long lasting love and long lasting in ur relationship!

p/s: can also read this story dekat UTUSAN MALAYSIA..

Popular Posts

Like us on Facebook

Instagram

Flickr Images