yeay my lovely readers..
Salam and Good Evening..
As I wrote before.. connection petang tadi broke out.. so, I'm uploading it now.. yeay..
Salam and Afternoon my dear readers..
well, being ages tak update blog kan... well.. kekangan masa and of cause kemalasan yang melanda.. yeay!!
lot of things to do lately... to get into the new shoes lagi.. adoii.. but wut to do, it's nature of life..
I'm leaving MAC finally.. after one year ++ being there.. being engaged with lot of things.. get knowing a lot of new things, being experienced with lots of situation.. well, honestly it's a place that i've learnt a lot... sangat.. a place that finally has discovered how I love accounting so very much.. met with a few good friends.. a moment that so precious that i've gone tru..
Honestly, I love been working at MAC.. hahaha
1st of all, thank you for giving me a chance to be part of MAC.. Thank you encik bos coz dah berjaya mengebalkan my ears dengan caci maki.. and that's made me to be tough in life.. Thank you sebab berjaya buat saya jadi kupu2 malam.. thank you sebab bagi claim petty cash.. thank you sebab bagi buat outstation kat luar even tho it's not that too far.. thank you for your guidence and experience for all these while.. thank you for showing us your funny action as part of entertainment..and thank you for everything.. sangat!! nothing can repay you encik boss. yang ntah ada berapa banyak nama samaran.. koko..riri..kampar..jolu..
buat practical students yang ntah berapa generasi.. thank you for being part of MAC..being part of my good memories.. Thank you so much for everything.. tersuruh buat kerja ke.. tersuruh hantar document..buka file kotak..index..section semua.. kena ikut jumpa client.. buat document request.. tersuruh photocopy ke.. jadi runner.. kena tahan balik..Thank you.. keep in touch ok.. (ayat fav encik bos)
for you my dearest friends, you know who you are, thank you for everything.. thank you sebab cover kalau datang lambat.. thank you sebab tolong tapau makanan, thank you sebab certain time kena tahan telinge dari bebelan.. thank you sebab tolong 'up'kan lagi kiraan OT.. Thank you sebab sometimes kena tunggu sampai kerja siap.. Thank you sebab pinjamkan telinga dengar my keluh kesah.. Thank you sebab sudi dituduh mencuri pensel hijau ku..Thank you..Thank you! nothing can repay our friendship.. speechless dah.. thank you for always being there.. eceh.. sayang korang sangat! Missed that moment we shared together.. kena marah sama-sama.. mengumpat sama-sama.. tipu OT sama-sama.. jalan2 sama-sama.. nangis sama-sama.. pegi makan sama2..merajuk sama-sama.. hahaha...
For all things,, for all these while i'm sorry for everything.. sengaja atau tak, mohon maaf.. maaf dari hati ku.. [hehe]
so, tak nak touching lebih... sebab that every single moments so meant a lot to me.. eceh... so, i'm just nak sharing few photos.. as people always said that a pictures is worth a thousand words..
but suddenly the connection broke out.. will continue uploading photos very soon...
hehe xda ape.. just nak tulis saja2..
Harini 12hb September 2011, birthday kawan baik saya... Nur Amiza Maarof... 9hb September 2011 aritu pun birthday kawan baik saya Siti Mazura Mat Yatim... tapi dia duduk dekat, senang la nak lepak2 together. macam cik Amiza nih, jauh la... last jumpa pun tahun lepas.. asik2 jumpa fav pot rumah org kawen.. xpela Amiza ada keizinan nnt kita jumpa lagi ye.. pasti!
coming soon 15hb September 2011, birthday my lovely sister and aunty.. semoga korang2 semua, dipanjangkan umur, dipermurahkan lagi rezki, sentiasa berada di bawah keberkatanNYA dan semoga dikurniakan dan dipertmukan jodoh yang baik (cik Amiza & cik Mazura) koang kawan baik saya dunia akhirat.. nothing in this world can repay our friendship price..
sayang korang lebih2.. semoga ikatan persahabatan kita kekal sehingga nafas yang terakhir. insya-allah!
a card yang dah di touch up oleh shida rosli untuk cik amiza..
Salam My Dear Readers and good Afternoon..
hoho..just got the chance to continue the writing.. xsempat nak post tengah hari tadi.. got lot of stuffs plak after lunch hour td.. baru nak beronggeng.. sebab bos tak masuk..
xpelah.. by now just nak share about Endometriosis atau bahasa lainnya adalah senggugut.. ini masalah biasa kaum wanita...tapi Endometriosis ni bukanlah senggugut yang biasa.. Ia lebih kepada 1 pnyakit.. few of my friends ada penyakit ni.. senggugut diorang memang teruk sangat... srampai dorang boleh demam.. sangat2 weak jadinya.. kadang2 kesian sangat tengok diorang..for the 1st time, mungkin dorang rasa it was normal... tapi, bila almost terjadi.. itu yang kadang2 they have to depend on pain killer tau..
well.. as a women we should very well know about this.. either kita ada atau tak, we should have some knowledge about this.. so please kindly read the article below... it was a good reading regarding this Endometriosis..
Susunan NORHURIYATINA SALLEH
Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang semakin ramai wanita yang menghidapnya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga tidak boleh dipandang mudah kerana senggugut yang kerap mungkin menandakan kehadiran endometriosis. Ia juga boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan, dan lain-lain.
APAKAH SEBENARNYA PENYAKIT ENDOMETRIOSIS?
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar ´endometrium´ telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ´darah kotor´ atau darah haid.
APAKAH TANDA-TANDA ATAU GANGGUAN?
Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas berkahwin. Ada sesetengahnya lega sekejap selepas berkahwin dan melahirkan anak, tetapi senggugut ini akan timbul semula akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.
Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding atau otot rahim.
Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan penghidap-penghidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.
BAGAIMANA SELAPUT ENDOMETRIUM INI BOLEH TUMBUH DI LUAR RAHIM?
Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain. Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding atau otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis.
Bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa, iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus).
Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya. 10 hingga 20 peratus wanita di seluruh dunia menghadapi masalah endometriosis dan antara 30 hingga 40 peratus daripadanya adalah mandul.
Ada juga yang mengatakan bahawa sistem ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang semula tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat-tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah. Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama-kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat. .
PENGESAHAN PENYAKIT ENDOMETRIOSIS
Daripada tanda-tanda tersebut kita sering mengesyaki pengidap penyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan yang mempunyai tanda-tanda ialah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.
RAWATAN PENYAKIT ENDOMETRIOSIS
Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini.
PEMBEDAHAN UNTUK MEMBUANG ENDOMETRIOSIS
Jika terdapat ´chocolate cyst´ ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan ´cyst´ serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis.
Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus). Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali.
Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan. Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama, iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini.
Dalam beberapa tahun yang lepas ubat-ubat terbaru yang diberikan secara suntikan sebulan sekali dan terdapat pelbagai jenama seperti Zoladex dan lain-lain untuk digunakan selama enam hingga sembilan. Suntikan-suntikan tersebut agak mahal sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid manakala kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar. Peningkatan timbang berat juga merupakan satu kesan sampingan.
Pembedahan untuk membuang rahim dan ovari juga satu rawatan yang akhir bagi mereka mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan semua organ seperti rahim dan kilang telur telah rosak. Ia mungkin tidak berfungsi lagi dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil. Di samping itu ia menyebabkan masalah kesakitan yang amat sangat setiap bulan ataupun secara berterusan dan mengganggu kerja harian. Ia mungkin juga menimbulkan gangguan haid yang tidak terkawal yang mengganggu kehidupan seharian, hubungan suami isteri dan juga mengganggu wanita-wanita kita untuk membuat amal ibadah.
BOLEHKAH PENYAKIT BERULANG?
Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun selepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan berulang adalah besar. Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis daripada berulang. Tetapi amalan mengawal makanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing. Banyakkan sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya. Latih diri untuk tenang fikiran dan gangguan emosi. Gunakan berbagai kaedah untuk menangkis stress.
Penyakit endometriosis ini ialah satu penyakit yang aneh di mana banyak perkara yang tidak ketahui tetapi ia menimbulkan berbagai-bagai masalah pada wanita. Kita tidak tahu mengapa darah kotor berkumpul di belakang rahim dan di kilang telur. Ada sesetengah pakar perubatan Islam yang beranggapan bahawa darah ini adalah makanan jin dan mungkinkah ada kaitan ´orang halus´ ini mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu agar ia tidak boleh mempunyai zuriat. Oleh itu kaedah-kaedah rawatan alternatif juga perlu dilakukan serentak dengan cara moden, kaedah perubatan Islam, kaedah ubatan tradisional selagi cara tradisional itu tidak menyebabkan syirik ia boleh diamalkan. Mungkin terdapat ubat-ubat herba yang belum dikenalpasti lagi yang mungkin masih ada di hutan kita yang berpotensi untuk merawat penyakit endometrosis dan memulihkan keadaan subur seperti biasa.
Di antara pemeriksaan yang penting bagi wanita ialah "pap smear" bagi mengesan penyakit kanser pangkal rahim, pemeriksaan payudara dan mammography untuk mengesan kanser buah dada, pemeriksaan ultra-sound scanning untuk mengesan kanser pada kilang ovari. Sebaiknya, wanita yang pernah bersalin dan dalam pertengahan umur, patut menjalani ujian-ujian tersebut sekurang-kurangnya setahun sekali.
Penyakit-penyakit wanita yang juga penting pada masakini, ialah jangkitan kuman, tumbuhan "endometriosis" dan "fibroid". Wanita yang mengalami gangguan haid, seperti senggugut, haid yang berpanjangan dan berlebihan, atau haid yang tidak tentu masa patutlah berwaspada. Lain-lain tanda seperti keputihan yang mungkin menandakan jangkitan atau luka pada pintu rahim; kesukaran untuk hamil dan berlakunya gugur yang berulang, ini juga mungkin ada kaitan juga dengan penyakit seperti "endometriosis".
Penyakit-penyakit ini hanya boleh dikesan oleh doktor dan pakar sakit puan. Wanita-wanita sepatutnya mengambil langkah utama untuk mendapatkan rawatan daripada doktor yang terdekat sekali di rumah untuk pemeriksaan awal dan jika perlu doktor ini akan merujuk kepada doktor pakar yang sewajar untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
source : yadim
--------------------------------------------------------------------------------------
well, friends.. we always have to aware of this.. kita sbg perempuan sangat sensitif dengan penyakit2 ni.. nak2 yang melibatkan rahim.. as kadang2 dia boleh membantutkan proses penghamilan...
hopefully my friends can recover very soon... and dia akan cepat2 pregnant dengan baik..anggaplah ini semua dugaan dari Allah.. DIA takkan jadikan sesuatu tanpa sebab musabab..insya-allah selagi kita memanjatkan doa dan berada dalam naunganaNYA, akan ada rezki itu untuk kita..
p/s:dun't u think i'm not aware of you just because there's SILENT communication between us.. i'm always following my friends update... just wonder if they do the same to me.. whateverla.. hehe.. for me whatever they had done to me, they are still my friends!
Regards..
shida
Hello readers..
Selamat Malam..
dah berapa ramai yang datang dan pergi but i'm still there.. no where to go.. tapi syukur alhmdulillah, i learned a lot.. i can't deny it... i gained lots of experience.. deal with lots of people.. and berjumpa dengan ramai officemates even practical students yang silih berganti..
so far, i'm enjoy my work very much.. i'm still there because of my very lovely officemates.. Nadzree and also Jajat.. they are my strength la oii.. xda dorang i dun know what will happen to me.. even now pun i'm very afraid if both of them being called to further their study... adoi nak face the following day without them nnt.. should be so weird.. sampai la ni korang buat kakak korang ni mcm budak2 dah.. perangai dah lebih kurang korang dah...adoii!
well...the war has just 3days started.. memang memenatkan minda dan fizikal.. apepun, this is what we called experience and the simple way to gain knowledge.. even tho this is my first time to incharge this big job.. so far, alhamdulillah everything is running smoothly..
2days to go in order to accomplish this mission.. lepas ni, the final touch will take over by me.. adoi the most difficult part tuh.. and will get busy with 2 more work yang memang nak ASAP.. plus with taxation lagi.. plus dengan pengakhiran kontrak budak2 praktikal lagi.. gosh... really need some fresh air time tuh.. maybe, i wouldn't see sun for all the time being.. talking to the moon sokmo jah..
for the time being, tengah planning to have a vacation somehere before this coming Ramadhan.. really need one.. oiii dah lama x bercuti weh.. nak berjimba-jimba disamping menghabiskan duit gaji yang ada... hahaha.. xlah, just to find a place to relaxing jer.. tgh survey places to go nih... maybe time tuh kerja pun xda la overloaded sangat.. ermm hopefully begitulah.. last year dah g Cameron.. so this year kemana pulak ye.. keep on planning shida.. hehe
well, should stop here.. and will write so soon.. have a good monday ye!
hello readers...
already 12th day passed the 2011... time flew so fast!!
erm.. i'am so thankful now for being surrounded with the loves one... that's what my feeling expressed for the time being... alamak... ter'tacing' plak pagi nih kan... tp, mmg saya bersyukur sangat..ada keluarga yang menyayangi.. ada kawan2 yg boleh berkongsi rasa hati... dah rasa mcm complete sangat hidup ni.. except for not yet having my soulmate la kan... hope to find one ASAP.. then my life dah complete!!!
well, tadi we had organised that so called surprise birthday party untuk jajat.. my officemate.. semuanya mcam last minute.. xda perancangan awal pun.. except the small gift we that gave him.. aduyaii.. penat juga nak keluarkan idea mcm tuh.. maklumlah, nak bagi present yang lain kita xtahu sangat citarasa orang lain.. kang takut x berkenan pulak kan.. so, i decided to have that idea as a gift! lagipun dah lama sangat x buat editing nih... because of time lacking nih...
so, event tadi sangat best.. we had our dinner together... mmg happening... ada sebiji kek with a candle yang ijat dah blew up.. we had a good chatting.. we laugh together.. and its just a precious moment i ever had.. sangat berterima kasih pada malmal.. nazri...thaqif... ijat.. mmg so nice to get knowing them... sangat terharu when everybody enjoyed the moment... thanx sangat sbb menghargai hasil kerja gila saya... and i really knew that the album akan beri kesan lebey pada sesiape yg mendapatnya...! next project will be Nazri's birthday... and the plan starts now!
eventho..dorg ni bukanlah sebaya.. underage gitu kan.. tp mmg best sangat dapat kenal dengan dorang.. lagi best kita semua satu kepala.. kdg2 gila2 pun sekali... age doesnt matter.. ingredient tu yg penting!
alamak... rasa tacing terlebih nih... kenapa eh overdose tacing plak nih!! because of people appreaciated my job kot... hehehe.. and yg menerimanya pun tacing juga.. gonna stop by now... end up with part of the photos ye...
but the main point is.. am i the selected one?? hahaha... berapi-rapi cakap or tulis tapi rupe-rupenya xdapat.. at least i already tried my best! hope there is a miracle for this time.. in this 2011.... who knows kan... we have tried the best but at the end it's HIM to decide all the things!
hello readers..
selamat petang..
Hello readers.. visitors even strangers...
oh yeah.. we are already closer to the end of 2010... lots of story to tell actually.. but i dun think so that I want to write it down semuanya...
maklumlah dah lama xupdate blog, so kekaratan idea untuk mengarang kekurangan...
then, alhamdulillah rezki saya tahun nih bila terpilih untuk temuduga KPLI yang telah saya cuba sebanyak 4x.. this is my first time interview for KPLI... and this time I applied Bahasa Inggeris.. macam terror sangat kan.. ngeee~~
well..semalam.. tamatlah sudah perjalanan mereka selama 3bulan di MAC.. its a very in a short time... rasa macam baru semalam je dorang datang...
nak buat macam mana... inilah kehidupan... we are keep on moving no matter what.. so, start this coming Monday..our office akan kembali sunyi... huhuhu really hate this... no more gelak tawa.. jerit2... usik2..even no more koko to be... and everything is gone with them.. they took everything we had together...
sedih sangat.. if i had the power.. i'll stop the time..and they will stay together with us for more longer.. kalau boleh nak empat2 tuh stay dengan MAC.. nnt tinggal kami 4 orang excluding koko...mesti tak best... sunyi jer..
at least we used to have a trip together which gave us lot of memories.. next time we'll have another trip together ok.. and we'll bring along this time Tiqah & Ijat...
thanx for being part of my life... thanx for share with us all the ups and downs together..thanx for spent time with us.. thanx for having ur time mengumpat koko.. hope we'll keep in touch no matter what...its really nice to get knowing all of you...hope this won't be the last for us...even tho you not with us anymore.. we'll always there for you..
wish you all a very good luck in your future undertaking.. gonna miss you all so muchy!...



























