Foreigner

Terkini : Lelaki di Pahang perlu bersaing dengan warga asing untuk dapatkan pasangan

11:03 PM

KUANTAN 20 Jun - Lelaki di Pahang dilihat sedang menghadapi "saingan" daripada lelaki warga asing untuk mendapatkan pasangan hidup dan pekerjaan.


Ini berdasarkan nisbah 13:1 iaitu bagi setiap 13 lelaki tempatan terdapat seorang lelaki warga asing di Pahang seperti yang terkandung dalam penemuan awal banci penduduk dan perumahan Malaysia yang terbaru.


"Bilangan warga asing di Pahang ini memberi implikasi daripada segi persaingan lelaki di Pahang untuk mendapatkan pasangan mahupun pekerjaan, sekaligus memberi kesan terhadap institusi kekeluargaan," kata Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Aminah Abdul Rahman.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas taklimat Dasar Keluarga Negara dan Pelan Tindakan Dasar Keluarga Negara di sini hari ini yang dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, anggota-anggota exco kerajaan negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Mohammad Safian Ismail.


Aminah berkata bahawa di Pahang pada masa ini bilangan lelaki dalam umur perkahwinan, iaitu 20 hingga 34 tahun, ialah 198,600 orang berbanding 188,900 wanita.


Bancian yang dijalankan tahun lepas itu juga menunjukkan bahawa kaum lelaki di Pahang melebihi wanita pada nisbah 113:100, satu angka yang melebihi paras nasional pada 105:100.


Berdasarkan bilangan sebenar, terdapat 759,587 orang lelaki dan 683,778 wanita di Pahang.


Menurut Aminah, sekiranya nisbah bilangan jantina tidak seimbang, ia boleh menimbulkan masalah kekurangan bilangan penduduk antara jantina dalam kumpulan umur perkahwinan tertentu untuk dijadikan pasangan hidup.


"Senario ini mungkin berlaku selepas penghijrahan keluar dari negeri Pahang oleh wanita muda dan ini menyebabkan kaum lelaki terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan pasangan dan boleh menyumbang kepada isu kahwin lewat," katanya.


Aminah berharap Dasar Keluarga Negara dapat membantu kerajaan negeri untuk mengambil kira perspektif keluarga dalam setiap perancangan dan pembangunan negeri.


"Ini termasuklah seperti mengkaji semula dasar-dasar dan peraturan yang tidak mesra keluarga di tempat kerja di samping memberi khidmat sokongan keluarga yang lebih komprehensif bagi membantu golongan produktif ini untuk membina kehidupan yang lebih stabil," katanya.


[Bernama]
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ini serius beb. . dekat Pahang ni je foreigner lebih ramai dari local.. but it's true.. cube tengok sendiri berapa ramai Indonesians, Bangla, Nepal, Myanmar, Pakistan... either secara halal atau seludup.. memang ramai sangat. especially kalau kerja yang berkaitan ladang, kontrak, dekat pasaraya mcm Tunas Manja tuh.. ramai geng2 foreigner... kedai2 runcit.. dah tu yang local pulak banyak yang keluar berhijrah.. konon xda class kalau cari makan kat tempat sendiri.. suka sangat bagi peluang kat foreigner.. biler dorang sapu perempuan local baru dorang bising-bising.

jadi masih adakah lelaki Pahang untuk saya... wth kan.. wutever, jodoh semua ditangan Tuhan.. Bukan kat pahang maybe kat negeri lain... but the most important is He must a MALAYSIAN.. Pure MALAYSIAN.. tapi we must take seriously this matter.. Malaysia sekarang semakin dibanjiri dengan foreigner.. kalau respect others xpe juga.. ini certain buat Malaysia ni macam negeri dorang pulak.. nak tunjuk besar kat tempat dorang..

harap pihak2 berkenaan ambil tindakan yang sewajarnya..

general

TERINGIN NAK JADI KERABAT DIRAJA...???

8:47 PM

As we known... since 2-3 days back ramai yang memperkatakan soal Penyamaran Seorang Budak Lelaki lepasan SPM sebagai Tengku Muda Pahang and he did his 'official' visit at some PLKN camp... it was unexpected from a very good student who got 9A's in SPM to do such a thing.. As the best student supposed his mind thinking tu more matured la kan.. but it didnt work.. As reported in today's paper, budak tu from BERA and being a son of a nurse at Felda Tementi... menakjubkan... is it he was nak sangat jadi kerabat raja or something is not done with his mind... Yang lagi pelik, did the exco lack of knowledge on state info... siap boleh iring budak tuh lagi..



Just read the article below for further info which i've taken from Pahang Daily Online.

KUALA LUMPUR, 12 April [8.45 am] - Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar(gambar) berkata baginda tidak kenal remaja lelaki yang ditahan polis kerana menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Baginda berkata remaja itu pernah menulis surat kepada baginda kira-kira sebulan lalu, mengatakan bahawa dia adalah anak angkat baginda dan bertemu semasa Tengku Puan Pahang melawat mangsa banjir tetapi baginda mengabaikan surat tersebut kerana tidak kenal dengan dia. "Dalam surat tersebut juga dia mengatakan bahawa saya memberi kebenaran kepadanya untuk memanggil saya dengan gelaran mummy atau aunty dan dia mengajak saya untuk melawat kem-kem PLKN", kata baginda selepas Majlis Pengurniaan Surat Penajaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (Taff) kepada 42 pasangan suami isteri di Hotel Shangri-La di sini semalam. Pada Jumaat lepas, remaja berusia 17 tahun itu yang berasal dari Bera, Pahang ditahan polis di rumah saudaranya di Pekan, Pahang ekoran aduan daripada Istana Pahang mengenai kes penyamaran tersebut.

Remaja itu yang kini ditahan reman, menyamar sebagai "Tuan Muda Pahang" pernah memperdaya seorang Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kecil. Baginda yang menyifatkan perbuatan remaja itu sebagai sesuatu yang melucukan berkata, sepatutnya JLKN terlebih dahulu merujuk kepada istana tentang surat yang diterima daripada remaja itu sebelum membenarkannya melakukan lawatan ke kem-kem PLKN di Pahang. "Saya pun hairan bagaimana exco Pahang juga boleh tertipu sedangkan beliau kenal semua anak angkat saya", tambah baginda.

Remaja itu menggunakan nama gelaran Yang Mulia Tuan Muda Mohamad Zulanif Tengku Laksamana Abdullah, sedangkan tidak ada gelaran laksamana dalam kerabat Diraja Pahang, jelas baginda. Tunku Azizah Aminah Maimunah berkata bahawa baginda sendiri tidak mengetahui apa motif sebenar remaja terbabit yang kononnya seorang yang suka berdebat. "Mungkin beliau teringin nak jadi raja, itu yang menyebabkan dia menyamar dan bila dia tengok orang percaya, itu yang menyebabkan dia berani melakukannya lagi", katanya sambil ketawa. Sementara itu baginda juga bimbang sekiranya remaja tersebut tidak ditahan polis, mungkin akan menjejaskan imej kerabat Diraja Pahang dengan menjanjikan sesuatu yang tidak benar.

Baginda berkata ini bukan kejadiaan kali pertama bahkan sebelum ini pun ramai yang pernah menyamar sebagai anak angkat baginda suami isteri. "Sebelum ni ada juga yang hendak masuk ke istana dengan mengaku sebagai anak angkat saya tetapi ini kali pertama pihak istana membuat laporan polis", tegasnya. Baginda juga meminta polis supaya tidak memukul remaja itu tetapi menyiasat jika dia mempunyai sebarang penyakit tertentu.

 

[Ramai yang musykil dan lucu dengan apa yang berlaku sebenarnya. Seorang Exco Kerajaan Negeri boleh tertipu dengan kelicikan remaja berumur 18 tahun. Tambah malang lagi, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kecil sendiri pun boleh tertipu. Memang ramai yang tahu Tengku Puan Pahang mempunyai ramai anak angkat. Namun begitu, sebagai seorang exco kerajaan sebelum merasmikan sesuatu majlis maka elolah dirujuk dengan pihak istana atau pun unit protokol SUK. Kes yang berlaku ini jelas bukan sahaja memalukan institusi raja malahan juga kerajaan negeri Pahang itu sendiri. Semoga selepas ini, pihak-pihak yang berkenaan dapat lebih berhati-hati. Mujurlah remaja itu tidak memohon apa jua projek yang menelan jutaan ringgit. Jika tidak sudah pasti senarionya lebih mengejutkan semua pihak. Projek pula diluluskan kepada seseorang yang menyamar sebagai anak angkat raja. Kisah ini macam cerita zaman dahulu kala, mujurlah tidak ada penerbit filem yang mengeluarkan kenyataan untuk membuat filem kes ini].


credit : EDISI PAHANG ONLINE

Also can read the related articles

so, wut do u think about this.. i'm really speechless... yerlah how come the boy can came out with this ridiculous idea.. siap cari official cover letter istana and so on... what does he wants.. nak jadi macam cerita PUTERI IMPIAN where a girl nak sangat mengalami kehidupan seperti raja..

Popular Posts

Like us on Facebook

Instagram

Flickr Images