Aidilfitri

Perginya tak kembali

3:54 PM

1. As known... berita kematian dahsyat Dato' Sosilawati Lawiya (DSL) bersama 3 lagi yang bersama beliau amat mengejutkan kita semua.. begitu tidak berperikemanusiaan orang yang melakukan perkara yang paling menjijikkan.. patutnya kita salai balik orang yang membunuh tuh... biar dia tau betapa seksanya kena bakar... geram melihat binatang 6 ekor yang kena tangkap tuh..

as yang I bace.. one of the suspect tu memiliki kekayaan yang melampau... semuanya diperolehi daripada pekerjaan yang xbermoral dan berunsurkan jenayah... isk..isk.. dunia sekarang sangat senang... ape-apehal boleh setel dengan membunuh sahaja... omg... dunia yang menghampiri pengakhiran..

semoga.. keluarga DSL..dan 3 lagi tabah menghadapi dugaan ini.. redha lah dengan pemergian mereka... sesungguhnya apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.. semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman...

buat 6 ekor binatang itu..jangan lepaskan mereka walau seinci pun...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

2. 6 hari sebelum menjelangnya Aidilfitri.. one of my relative.. my uncle had passed away... sangat mengejutkan semua yang ada including his wife.. betullah kata orang hanya 1 alasan diperlukan untuk seseorang itu menemui penciptaNya.. my uncle tersedak dalam tidur.. dan terus menemui ajalnya.. sedangkan di siang hari arwah telah melakukan aktiviti hariannya termasuk mengerjakan solat terawih di surau..

doktor mengesahkan arwah mengalami serangan jantung waktu tuh.. jadi nafas tersekat untuk bernafas.. mungkin setakat itu saja nyawanya dipinjamkan... itu saja janjinya dengan Allah..

a week before kami sekeluarga sempat tidur semalam dan bersahur bersama arwah, mana tahu itulah kali terakhir kami bersua... alhamdulillah kerana dapat juga bertemu arwah untuk kali terakhir seakan kami tahu arwah akan pergi...

terasa sangat kehilangan arwah.. perginya sebelum syawal menjelma.. mungkin arwah mahu sywal kali ini disambut dengan arwah 2 orang ibunya..ayahnya dengan anak tersayangnya...

sesungguhnya yang hidup pasti akan mati.. itu janji kita pada Allah.. yang hidup teruskan hidup.. dan yang pergi kita selalilah sedekahkan Al-Fatihah buat mereka... semoga roh mereka tenang dan dicucuri rahmat di sana..

Achik Spin

AL-FATIHAH

10:23 PM


VOKALIS KUMPULAN SPIN (ACHIK SPIN) KEMBALI KERAHMATULLAH...

MPV terbabas, terbakar: Achik Spin maut nahas ngeri

SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Credit to Utusan

...............................................................
sangat mengejutkan dengan berita ini. Sebutir lagi permata hilang di dunia ini.. Namun ini semua ketentuan dariNYA... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga keluarga arwah tabah menghadapi hari-hari yang mendatang.. AL-FATIHAH..

Belasungkawa

AL-FATIHAH

10:43 AM




Seperti yang kita maklum.. sejak beberapa hari lepas, personaliti serba boleh kita Din Beramboi ataupun nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri telah  menghidap penyakit denggi berdarah walaupun pada asalnya beliau disyaki terkena virus air kencing tikus.. Akibat daripada demam denggi berdarah, keadaan beliau disahkan kritikal dan dimasukkan ke wad ICU hospital selayang..

Sejak petang semalam, heboh diperkatakan dilaman sesawang facebook dan juga twitter bahawa Din Beramboi telah meninggal dunia.. dan ini telah menimbulkan rasa tidak senang hati serta rasa kekesalan pihak keluarga beliau yang pada ketika itu Din Beramboi masih lagi bernafas dan sedaya upaya berperang dengan keadaan beliau..

Namun, jodoh,ajal dan maut semuanya ketentuan ALLAH.. kita hanya merancang DIA yang menentukan... Dari DIA kita datang dan kepadanya juga kita pergi.. Hidup ini adalah pinjaman semata.. tiada yang kekal melainkan ALLAH yang Maha Esa. 

Din Beramboi, 43, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi.Beliau meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak...

Sesungguhnya kita kehilangan seorang personaliti hiburan yang berbakat.. Namun Allah lebih menyayangi beliau.. AL-FATIHAH... Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... Buat keluarga arwah, takziah... semoga lebih tabah menghadapi hari2 esok...

Popular Posts

Like us on Facebook

Instagram

Flickr Images